Buletin

BYD TIDAK LAGI HASILKAN KERETA ICE BERMULA MAC 2022. FOKUS KEPADA EV DAN PHEV SAHAJA

Pengeluar kenderaan elektrik terbesar China, BYD Co Ltd. mengumumkan bahawa ia telah menghentikan pembuatan kereta dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) sejak bulan lalu.

“Pada masa depan, BYD hanya akan fokus kepada kepada penghasilan EV dan kereta plug-in hybrid (PHEV) sahaja,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Hong Kong. 

BYD bagaimanapun tidak berhenti sepenuhnya menghasilkan enjin petrol kerana enjin kecil tetapi cekap tenaga itu akan terus digunakan pada kenderaan PHEV. 

Langkah itu adalah sebagai respon kepada insiatif Beijing untuk meningkatkan penggunaan tenaga hijau dan meminimumkan emisi karbon menjelang tahun 2030.  

BYD merupakan salah satu daripada enam pengeluar kenderaan seperti Volvo, Ford, General Motors, Mercedes-Benz dan Jaguar Land Rover yang telah menandatangani satu kempen global untuk tidak lagi mengeluarkan enjin ICE menjelang tahun 2040.  

BYD berjaya menjual sebanyak 104,878 unit kenderaan dengan tenaga baharu (NEV) pada Mac, melonjak daripada hanya 24,218 dalam tempoh sama tahun lalu. Ini merupakan angka jualan bulanan tertinggi. Jualan bulan lalu melibatkan 53,664 unit EV, 50,674 unit plug-in hybrid dan 540 kenderaan NEV komersial. 

Biarpun begitu, BYD menyatakan ia akan tetap menyediakan perkhidmatan dan bekalan alat ganti yang komprehensif sepanjang kitaran hidup kenderaan ICE demi kemudahan para pelanggannya. 

Google ads
Back to top button