
HSDM TIDAK RANCANG TAWAR HYUNDAI STARIA 11 TEMPAT DUDUK KE PASARAN MALAYSIA
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) yang baru-baru ini melancarkan MPV Staria Premium mengesahkan bahawa pihaknya tidak merancang untuk menawarkan Staria dengan kapasiti 11 tempat duduk ke pasaran tempatan.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, MPV mewah Staria Premium hanya didatangkan dalam satu varian dengan konfigurasi tujuh tempat duduk.
HSDM menyatakan Grand Starex akan terus menjadi sat-satunya MPV 11 tempat duduk yang ditawarkan di pasaran sekarang. Jadi, Staria Premium pasti dapat mengembangkan lagi rangkaian model MPV daripada Hyundai.
Staria Premium merupakan MPV mewah pertama Hyundai yang bersaing secara langsung dengan Toyota Alphard dan Vellfire.

Grand Starex dikuasakan oleh enjin 2.5L liter turbodiesel yang dipadankan dengan kotak gear automatik 5-kelajuan. Antara beberapa ciri menarik yang ada padanya ialah tempat duduk baris kedua yang boleh dipusing, paparan monitor dan banyak lagi.
Sementara Staria Premium pula merupakan model tempahan khas dari Korea yang menggunakan enjin turbo diesel bersesaran 2.2 liter dan dipadankan bersama kotak gear automatik 8-kelajuan.
Staria Premium ditawarkan pada harga RM358,888 (tidak termasuk insurans) dengan jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 50,000km (mana-mana tiba dahulu).
Sementara Grand Starex berharga RM165,888 lengkap bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh (300,000km) dan servis percuma unuk tiga tahun.