MUSTANG FORD V FERRARI TERMAHAL DALAM LELONGAN. DIJUAL PADA HARGA $3.4 JUTA (RM16 JUTA)
Pada bulan Januari lalu, jentera Ford Mustang GT 1968 dari filem Bullitt melakar rekod dunia untuk sebuah Stang dijual paling mahal dalam lelongan pada harga $3.4 juta (RM14 juta).
Selepas enam bulan, model Shelby GTR350R 1965 memadam rekod tersebut. Ia bukan sebarang kereta sport tetapi jentera Mustang pertama memenangi perlumbaan.
Model Shelby R pertama dibangunkan khusus untuk memasuki persada perlumbaan. Ya, kereta ini merupakan jentera dipandu Ken Miles lakonan Christian Bale dalam filem Ford v Ferrari.
Agak mengagumkan, Mustang yang dijual pada harga $4,000 (RM17,000) pada 31 Mac 1966 kini mendapat bidaan bernilai $3.85 juta (RM16 juta).
Shelby GTR350R 1965 yang memecah rekod ini mendapat jolokan nama sebagai Flying Mustang. Ia merupakan jentera penting terutama apabila pernah berfungsi sebagai kereta ujian dan kejuruteraan dalam pasukan Shelby American Factory.
Dikenali dengan kod nama 5R002, Mustang ini turut bertindak sebagai jentera asas bagi pasukan perlumbaan kedua (5R001) dan kesemua 34 model kereta R pengguna yang berada di pasaran.
Selain itu, beberapa pemandu terkenal pernah mengendali prototaip jentera ini termasuk Bob Bondurant, Chuck Cantwell, Peter Brock dan Jerry Titus.
Selepas beberapa musim melakar kejayaan dalam perlumbaan, Shelby American telah menjual jentera ini sebagai kereta uji kepada jurutera Ford Performance.
Ia telah bertukar pemilik beberapa kali malah memiliki rekod baik di trek perlumbaan.
Prototaip tersebut telah dipamerkan selama 14 tahun di Muzium American Shelby di Boulder, Colorado selepas menamatkan zaman kegemilangan dalam pentas perlumbaan.
Pada tahun 2010, seorang pengumpul Shelby, John Atzbach telah membeli Shelby GTR350R ini. Dia telah melakukan restorasi agar jentera lumba itu kembali pada keadaan asalnya.
Bahkan, jentera tersebut sempat dipulihkan dan dipersembahkan pada Amelia Island Concours d’Elegance sempena ulangtahun ke-50 Mustang di Florida. – autoclassics
- BACA: FORD MUSTANG ‘TENDANG’ PEMANDU KELUAR KERETA. NAK SHOW OFF TAK JADI!
- BACA: FORD MUSTANG MACH 1 KEMBALI, ENJIN 5.0L V8 BERKUASA 480HP!
- BACA: FORD MUSTANG DENGAN PELEKAT “STREET RACING IS NOT A CRIME” DIKENAKAN 5 SAMAN – OH NO DAHSYATNYA KAMU!
- BACA: FORD KENA SAMAN LAGI. KOTAK GEAR MANUAL PADA MUSTANG ROSAK