" "
Buletin

KABIN PALISADE BAU BUSUK. HYUNDAI SIASAT ADUAN PEMBELI

Pengeluar kereta, Hyundai sedang menyiasat aduan berhubung bau busuk yang keluar dari kabin Palisade.

Sejak beberapa bulan lalu, pemilik Palisade mengadu dalam talian mengenai bau kurang meyenangkan dalam SUV terbabit.

Pasukan Cars.com, yang kebetulan memiliki Palisade untuk menguji jentera berkenaan turut merasai pengalaman bau busuk itu.

 “Ia seperti bahan kimia dengan sedikit campuran organik bawang putih dan produk yang telah busuk.

“Bau berkenaan mula dirasai selepas Chicago berdepan cuaca yang sangat,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai dakwaan mengenai dari mana asal bau busuk tersebut.

Sebilangan besar pemilik mengeluh mengenai masalah model Palisade disebabkan kulit Nappa di bahagian kabin.

Mereka mencadangkan agar ia diganti baharu atau membersihkan penahan kepala untuk menghilangkan bau busuk.

Begitupun,  Cars.com berpendapat bau busuk berasal dari bahagian dalam tempat duduk.

Hyundai Motors America dalam usaha menggantikan penahan kepala Palisade tetapi berdepan masalah menunggu tempahan melebihi dua bulan.

Ia mungkin tidak menyelesaikan masalah kerana  bau busuk kemungkinan berasal dari tempat duduk belakang.

Hyundai mengumumkan mereka menyedari masalah yang dihadapi pemilik kenderaan Palisade dan sedang menyiasat isu berkenaan.

“Kami menyedari kegusaran para pembeli dan sedang dalam proses siasatan merangkumi mengenal pasti serta pengesahan keberkesanan cara memperbaiki masalah itu,” kata kenyataan Hyundai kepada The Drive.

Google ads
Back to top button