Artikel Pilihan

ENJIN FORD ECOBLUE 2.0 BI-TURBODISEL. BOLEH TAHAN JUGA CANGGIHNYA

Selain terkenal dengan model Ford Mustang, Ford juga menghasilkan dan menjual Ford Ranger dalam pelbagai varian bermula dari varian asas 2.2 XL, 2.0XLT Plus, 2.0 Wildtrak dan juga 2.0 Rangor Raptor. Jika diperhatikan dengan teliti, setiap varian menggunakan rekaan enjin yang berbeza walaupun kelihatan hampir sama.

Tapi fokus kita pada hari ini ialah enjin Ford EcoBlue Disel (jangan tanya penulis mengapa ia tidak menggunakan EcoGreen) yang memiliki sesaran 2000cc, dipadankan dengan turbo berkembar yang menghasilkan 210 kuasa kuda dan 500Nm tork. Antara ciri menarik enjin ini ialah:

1. Rekaan offset 10mm- kedudukan piston adalah tidak selari dengan aci engkol dan ia dipasang dipasang secara offset dari titik tengah piston. Ford mendapati bagi mengurangkan lagi geseran yang terhasil akibat side load ketika enjin beroperasi, susunan ini mampu mengurangkan lagi geseran dalaman yang terhasil

2. Tali sawat pemasaan – sama seperti enjin 1000cc 3 silinder EcoBoost, tali sawat digunakan dengan kaedah direndam dalam minyak. Kaedah ini memastikantali sawat ini beroperasi dengan geseran paling minima dan bebas penyelenggaraan

3. Pam disel -bagi menghasilkan semburan disel dalam bentuk yang paling halus pam disel menggunakan tekanan 2000 bar. Pam ini akan bersambung dengan sistem suntikan bahan api peizzo electric 8 lubang bagi mengawal penghantaran disel dengan cepat dan tepat setiap kali semburan dibuat4. Piezzo electric injector – 8 lubang

4. Swirl Flow – bagi memastikan semua silinder mendapat bekalan bahan api yang cukup dan bercampur dengan disel pada keadaa optimum jurutera telah mereka sistem aliran udara berpusar di dalam silinder. Silinder 1 dan 2 akan berpusar mengikut arah jam manakala silinder 3 dan 4 berputar pada arah lawan jam

5. Turbo Tekanan Tinggi – enjin ini dipadankan dengan 2 turbo yang dipasang secara berturutan. Satu turbo kecil akan beroperasi bagi membekalkan tekanan udara tinggi pada RPM yang rendah. ia mampui berputar pada 245,000 RPM dalam seminit bagi memberikan respon segera apabila diperlukan

6. Turbo Tekanan Rendah – sebaik sahaja turbo kecil habis nafas, sistem turbo yang lebih besar akan mula beroperasi untuk RPM yang lebih tinggi. Keadaan ini memastikan enjin dapat menghasilkan tork yang pada pada semua RPM

Bagi memastikan turbo iini tahan lasak, pin turbo dihasilkan daripada nikel aloi 30% dan terdapat satu laluan cecair penyejuk dari dan sistem penyejukan cecair bagi menyingkirkan haba dengan pantas

7. Aluminium ladder frame – pada bahagian bawah enjin, terdapat beberapa rekaan ribs yang dihasilkan daripada aluminium direka khas untuk mengurangkan gegaran yang terhasil daripada enjin.

8. Penebat bunyi – dipasang pada bahagian kepala silinder dan bahagian tepi blok enjin bagi emnjadikan ini lebih senyap. Hasilnya ia 4dB senyap berbanding enjin 2200cc turbo yang lama ketika mula dihidupkan.

9. EGR – bagi mengurangkan lagi pencemaran asap, gas ekzos akan dikitar semula masuk ke dalam kebuk pembakaran. Ia berupaya mengurangkan pembentukan gas Nitrogen Oksida dan Sulfur Oksida. Bagi menjadikannya lebih efisyen gas EGR ini akan disejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

11. DPF -atau nama penuhnya Diesel particulate Filter dipasang bagi menapis asap jelaga yang berwarna hitam keluar daripada enjin. Bagi memastikannya ia beroperasi dengan efisyen DPF akan dipasang dekat dengan enjin untuk mencapai

Google ads
Back to top button