Buletin

HYPERCAR MISTERI TERBAHARU BUGATTI BAKAL DIDEDAHKAN BULAN INI?

Selepas mendedahkan Chiron Pur Sport pada awal tahun, Bugatti mula mengusik penggemar automotif dengan teaser hypercar misteri terbaharu.

Pada peringkat ini, imej teaser berkenaan memaparkan empat lampu nipis bahagian belakang jentera baharu itu yang membentuk huruf X dengan slogan “What if?”.

Dengan rekaan bahagian belakang itu, jentera terbaharu ini sama sekali tidak menunjukkan sebarang persamaan dengan Chiron.

Ia sama sekali berbeza berbanding model Divo dan Centodieci yang memiliki persamaan Chiron.

Begitupun, Bugatti memaklumkan para peminat tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan model terbaharu tersebut kerana bakal didedahkan secara global dalam masa terdekat.

Khabar angin yang bertiup kencang mendakwa Bugatti bakal mendedahkan hypercar yang dijana trenkuasa elektrik sepenuhnya.

Kenderaan khusus untuk litar berkenaan dikatakan akan menjadi model teknologi masa hadapan.

Difahamkan,, Volkswagen Group turut bercadang menjual jenama berkenaan kepada Rimac membolehkan syarikat dari Croatia itu membekalkan bateri kepada Bugatti.

 Dari segi rekaan, kemungkinan besar versi produksi akan menampilkan Bugatti Vision Le Mans Concept dibangunkan mengikut  lakaran render oleh Max Lask.

Vision Le Mans Concept menggabungkan elemen rekaan Bugatti terkini seperti gril ladam kuda dan dua tona warna termasuk penekanan aliran udara aerodinamik.

Menurut laporan, jentera litar misteri Bugatti akan didedahkan pada bulan ini. – carbuzz

Google ads
Back to top button