Artikel Pilihan

KERETA SPORT YANG DITEWASKAN OLEH CIVIC TYPE R DI NURBURGRING

Honda Civic Type R mungkin hanya dikuasakan dengan enjin 2000cc 4 silinder turbo yang hanya menghasilkan 320 kuasa kuda dan 400Nm tork. Ia hanya dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan sahaja menjadikannya pilihan buat pemandu sejati. Di atas kertas kuasa yang dihasilkan nampak sangat tak berkuasa dan pecutan 0-100 dibuat dalam masa 5.8 saat

Terdapat beberapa video yang menunjukkan beberapa kereta lain berjaya mengalahkan Civic Type R dalam pecutan lurus. Tapi sebenarnya habitat semula jadi Civic Type R bukanlah di jalan lurus, tapi di litar lumba yang kaya dengan selekoh tajam seperti di Nurburgring dengan catatan masa 7 minit 43.8 saat. Kami bawakan beberapa model kereta lain yang berjaya ditewaskan oleh Civic Type R

1. Audi R8 V8- yang dikuasakan dengan enjin 4200cc V8 berupaya menghasilkan 420 kuasa kuda dan 431Nm berupaya memecut dari 0-100 dalam masa 4.5 saat. Namun catatan masa bagi Audi R8 ialah 8 minit 4 saat.

2. Aston Martin DBS- merupakan kereta pilihan James Bond ketika mengejar penjenayah dikuasakan dengan enjin 6000cc V12 yang menghasilkan 510 kuasa kuda dan 570Nm tork. Namun catatan masa di Nurburgring hanyalah sekitar 8 minit 2 saat

3. Ferrari F430 AMT – merupakan antara Ferrari yang paling lincah dan lebih laju dari F430 Manual. Walaupun dikuasai dengan enjin V8 4300cc, ia hanya mencatatkan masa sekitar 7 minit 55 saat di The Ring walaupun ia lebih pantas dari segi pecutan 0-100km/j dalam masa 3.6 saat serta mempunyai halaju 315km/j

4. Lamborghini Gallardo LP560 – kereta super ini dikuasakan dengan enjin 5200cc V10 yang menghasilkan 552 kuasa kuda dan 540Nm tork. Semua kuasa disalurkan menerusi sistem AWD bagi mendapatkan cengkaman yang bagus tapi sayangnya catatan masa kereta super ini di The Ring hanyalah 7 minit 52 saat.

5. BMW M3 GTS – hanya 150 unit sahaja dihasilkan dengan enjin 4.4 liter V8 dan dipadankan dengan transmisi klac berkembar. Model istimewa ini dipasang dengan penyerap hentak boleh laras, kusyen bucket perlumbaan, brek caliper 6 piston dan roll-cage pada bahagian belakang. Namun model ini hanya mencatatkan masa 7 min 48 saat.

6. Ferrari 599 GTB Fiorano- sebuah lagi jentera kuda merah tesungkur dengan catatan masa sekitar 7 minit 47 saat walaupun Fiorano menggunakan enjin V 12 silinder 6000cc yang menghasilkan 620 kuasa kuda. Walaupun dilengkapi dengan penyerap hentakan magnetik, rekaan aerodinamik yang canggih ia gagal mengejar catatan masa Civic Type R

7. Porsche 911 GT3 RS – hanya 680 unit dibina bagi edisi terhad ini yang dibina khas bagi tujuan homologasi perlumbaan dengan enjin Boxer 3600cc. Dengan kuasa sekitar 381 kuasa kuda, ia memcut 0-100km/j dalam masa 4.4 saat dengan halaju maksima 305km/j. Namun catatan masa di The Ring adalah 7 minit 47 saat.

8. Toyota Supra A90 – walaupun diherdik sebagai BMW, namun Supra baru bernadikan enjin B55 6 silinder 3000cc menghasilkan kuasa 335 kuasa kuda mencatatkan masa di Nurburgring pada 7 min 52 saat, lebih pantas dari BMW Z4 iaitu kembarnya pada 7 minit 55.41 saat. Namun Supra masih lambat 9 saat di belakang Civic Type R

9. Renault Megane RS Trophy R – memang dihasilkan khas untuk menamatkan penguasaan Civic Type R di The Ring dengan catatan masa 7 minit 40 saat. Namun Civic kemudian membalas dendam pada Megane di litar Suzuka dengan catatan masa 1.5 saat lebih pantas iaitu di bawah 2 minit 25.454 saat yang dicatatkan oleha Megane. Boleh la dikatakan Megane dan Civic mendapat keputusan seri

10. Myvi/Bezza – belum diuji tapi dijangka memberi saingan sengit

Antara faktor penyumbang masa yang pantas ialah beratnya yang ringan pada 1320kg dan pilihan mekanisme transmisi manual 6 kelajuan yang ringkas. Pemandu pula boleh melakukan blip dengan bantuan teknologi Rev-Match. Bagi memastikan ia tidak mengalami tork steer disebabkan kuasa yang besar pada tayar depan, Civic type R dilengakapi dengan dual axis steering dan limited slip differential pada tayar depan.

Google ads
Back to top button