JUAL PROTON SAGA AEROBACK TERSADAI, POLIS BANTUAN LITRAK DIGANTUNG TUGAS
Disyaki menunda dan menjual sebuah kereta Proton Aeroback milik individu lain yang tersadai di hadapan surau di Batu Caves, seorang anggota polis bantuan lebuh raya digantung tugas serta-merta.
Ketua Jabatan Komunikasi Litrak, Shah Rizal Mohamed Fawzi yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, suspek digantung tugas sehingga siasatan selesai.
Menurutnya, Litrak akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lengkap berhubung kes berkenaan.
“Pihak Lebuhraya Sprint ingin menegaskan bahawa kami tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana individu sekiranya didapati menyalahi undang-undang.
“Isu ini juga tidak akan menjejaskan operasi Pasukan Polis Bantuan Lebuhraya Sprint terutamanya perkhidmatan bantuan kepada pengguna lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, timbul laporan bahawa seorang polis bantuan lebuh raya ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek dipercayai bersekongkol dengan pemilik kedai barangan terpakai dengan menjual kereta yang ditunda pada harga RM500 dan menerima upah sebanyak RM100 bagi setiap kereta.
Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah syarikat penyuraian trafik di Petaling Jaya, pada 15 Oktober lalu. – Bernama
- BACA: KISAH KERETA BARU TOYOTA CELICA DAN COROLLA (1974) YANG TERSADAI CYPRUS
- BACA: NELAYAN ‘TANGKAP’ CAMARO CURI DI DASAR EMPANGAN GEIST. NAK TANGKAP IKAN, DAPAT KERETA PULA
- BACA: SESI PANDU UJI FERRARI F40 INI BERAKHIR DENGAN KEMALANGAN – LAJU-LAJU NAK KE MANA?
- BACA: FORD MUSTANG GT FASTBACK 4BBL TERBIAR 37 TAHUN AKHIRNYA DISELAMATKAN