
HYUNDAI BISIMOTO VELOSTERAPTOR N CONCEPT, MAHU LAWAN TYPE R
Hyundai bakal tampil di SEMA 2019 dengan Bisimoto VelosterRaptor N Concept. Kereta projek ini dibuat dengan kerjasama Bisimoto Engineering yang merupakan pengeluar komponen berprestasi dari Amerika Syarikat.
Veloster N Performance Package yang digunakan sebagai kereta asas dilengkapi pelbagai komponen bolt-on bagi meningkatkan prestasi. Hyundai tidak mengesahkan penawaran komponen tersebut kecuali memaklumkan kemungkinan tinggi untuk dijual kepada umum.
Bagi projek ini, empat pakar kejuruteraan dalam pelbagai bidang dari mekanikal, kimia dan aeroangkasa telah berganding bahu bagi meningkatkan casis dan memperbaiki kecekapan terma bahagian enjin.
Hyundai juga berterus terang bahawa projek ini direka bagi menafikan Type R (Type R Killer) dengan output kuasa lebih 320 hp dan beberapa ciri seperti emisi rendah dan pengurangan geseran pembakaran dalaman.
Sasaran tersebut dicapai melalui penggunaan sistem ekzos aliran tinggi (high flow), pengurusan enjin, kit air methanol, intercooler prestasi tinggi, intake aliran tinggi, ubah suai pada aliran udara massa dan bahagian dalam turbo yang dinaik taraf.
Bisimoto menggunakan teknologinya bagi mengubah suai enjin dengan teknologi ekzos dan induksi terbaru. Enjin itu menggunakan pelincir khas, sistem ekzos berprestasi, intake yang cekap, pengawasan OBD dan pelbagai lagi.
Bahagian luaran pula hanya ringkas tanpa perubahan besar-besaran. Apa yang jelas ialah spoiler belakang aerodinamik. Lampu depan diubahsuai dengan komponen dari Flyryde.
Roda asal digantikan dengan jenama Fifteen52 dan disebaliknya ialah brek depan dari Tarox. Kereta direndahkan dengan suspensi Eibach berprestasi dengan fungsi elektronik asal dikekalkan.
Bahagian dalaman kereta dilengkapi kerusi depan MOMO yang diperbuat dari komposit dan gugusan OBD interaktif pada bahagian konsol
Berikut ialah rakan pembekal untuk projek Bisimoto VelosterRaptor N Concept:
- Roda: Fifteen52
- Tayar: Toyo
- Grafik: Type 2
- Brek: Tarox
- Cekam: Action Clutch
- Fabrication hardware: Vibrant Performance
- Suspensi: Eibach Suspension
- Ubah suai induksi: AEM induction
- Pelincir: PurOl
- Kemasan gentian karbon: Dreamworks
- Cat: Dreamworks
- Heat exchange: CSF
- Turbo: Turbonetics
- Kerusi: Momo
- Kotak bumbung: Inno
- Dalaman: SOS Upholstery
- Lampu utama: Flyryde
- Dynamometer: Dynapack
- OBD infocenter: AEM
BACA: HYUNDAI i10 N LINE – KERETA BANDAR 1.0L TURBO!
BACA: ACTIVE SHIFT CONTROL, INOVASI HYUNDAI YANG PADU
BACA: PANDU UJI: HYUNDAI TUCSON, KIMCHI TURBO DENGAN DCT YANG LAZAT