,
Motosikal

TRIUMPH STREET TRIPLE RS 2020 – NAIK TARAF SIGNIFIKAN, TETAPI HARGA TETAP SAMA (RM67,900)

Triumph Motorcycles Malaysia semalam telah melancarkan model 2020 Triumph Street Triple RS di Litar Antarabangsa Sepang sempena MotoGP™  Shell Malaysia 2019.

Versi terbaharu Street Triple yang mula dilancarkan dalam tahun 2007 menjanjikan lebih kuasa dan tork. Selain gaya dan tunggangan yang lebih agresif, serta teknologi dan spesifikasi yang lebih baik.

Apa yang paling menarik ialah harga 2020 Street Triple RS yang sama seperti model sebelumnya iaitu RM67,900 (termasuk cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 10%).

 “Walaupun dengan penambahbaikan yang menyeluruh, komponen berspesifikasi tinggi dan teknologi terkini, kami gembira kerana dapat menawarkan Street Triple RS baharu tanpa sebarang kenaikan harga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes dan Triumph Motorcycles Malaysia, Dato’ Razak Al Malique.

Street Triple RS 2020 akan berada di semua bilik pameran Triumph Motorcycles Malaysia untuk pameran dan tempahan bermula hari ini dan penyerahan akan bermula pada Januari 2020.

Prestasi yang jauh lebih hebat

  • Kemas kini Euro 5 yang signifikan ke atas enjin tiga silinder 765cc oleh pasukan enjin Moto2TM Triumph
  • Tork lebih tinggi, 79Nm pada 9,350rpm, dengan tambahan tork pertengahan sebanyak 9%
  • 9% lebih kuasa pertengahan, yang memuncak pada 123PS pada 11,750rpm
  • Pendikit yang lebih responsif
  • Peredam baharu memberikan bunyi yang tersendiri
  • Kotak gear dengan klac slip dan assist

Gayaan agresif

  • Lampu depan LED berkembar baharu dengan lampu nyalaan siang
  • Bentuk yang lebih sporty dan bersegi dengan warna baharu yang kontemporari
  • Peredam baharu dengan kemasan gentian karbon premium
  • Kemasan dan perincian yang lebih menarik pada seluruh motosikal. Ini termasuklah cermin, pengapit bar hendal dan kerangka utama Titanium Silver baharu
  • Kowl tempat duduk penunggang dan pembonceng yang boleh ditukar kini lebih ergonomik

Teknologi yang lebih baik

  • Fungsi TFT yang dipertingkatkan termasuklah grafik dengan baru
  • Sistem ketersambungan MyTriumph yang menawarkan ciri GoPro, pandu arah turn-by-turn, muzik dan telefon
  • Lima mod tunggangan yang telah dipertingkatkan: Road, Rain, Sport, Track, dan Rider
  • Triumph Shift Assist

Motosikal street bike berprestasi tinggi y

  • Motosikal paling ringan dalam kelasnya
  • Nisbah kuasa-berat yang terbaik
  • Pengendalian tangkas, dinamik dan mengujakan yang terkenal di seluruh dunia
  • Spesifikasi standard yang premium. Ini termasuklah brek Brembo M50, suspensi Öhlins yang boleh laras sepenuhnya dan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP V3

60+ aksesori Street Triple tulen untuk perlindungan, keselesaan dan gaya yang lebih

  • Lampu penunjuk LED
  • Beg dengan fungsi pemasangan dan lucut pantas

Maklumat lanjut mengenai model Triumph di Malaysia, sila layari www.triumphmotorcycles.my  

GALERI

Google ads
Back to top button