Buletin

PUSARA DI TENGAH JALAN RAYA

Penduduk sebuah kampung di daerah Sarkisla, Sivas, Turki sanggup memandu mengelilingi sebuah kubur yang terletak di tengah-tengah jalan kerana enggan mengalihnya ke lokasi lain.

Kubur tersebut dipercayai menempatkan mayat lelaki alim yang ditemui penduduk tempatan beberapa tahun lalu melalui mimpi seorang wanita.

Menurut kepercayaan tempatan, mereka dilarang mengalihkan mayat orang alim ke tempat baharu malah wanita yang bermimpi itu meletakkan tanda di lokasi asal kubur sehingga projek jalan raya dibina di kawasan terbabit.

Akhbar The Sun melaporkan, identiti pemilik pusara berkenaan tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, tertera nama pada batu nisan tersebut yang dipercayai telah dimimpikan wanita pertama menemui lokasi kubur itu

Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai kisah legenda menyelubungi kubur itu dan beberapa orang awam juga dilaporkan berdoa di sebelahnya.

Seorang penduduk di situ, Ahmet Hark berkata terdapat sebuah rumah di situ 40 tahun lalu tetapi dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan raya.

“Menurut kepercayaan kami, tidak elok mengalihkan kubur orang alim dan ia patut kekal berada di lokasi asal dan oleh sebab itu, ia kekal berada di tengah-tengah jalan,” katanya – The Sun

Google ads
Back to top button