Artikel Pilihan

KERETA KONSEP HYUNDAI N VISION 74 MUNGKIN AKAN DIHASILKAN DAN DIJUAL

Apabila Hyundai mendedahkan kereta konsep N Vision 74 yang menerima sambutan hangat daripada peminat, ramai yang beranggapan yang kereta konsep tersebut adalah bahan pameran semata-mata. Namun beberapa laman sesawang automotif dunia melaporkan yang kereta sport dengan gayaan retro 70an ini kemungkinan besar akan memasuki fasa pengeluaran pada tahun ini

Menurut laporan Money Today, Hyundai akan mengadakan acara “Pony Day” yang dinamakan bersempena kereta yang direka oleh Giorgetto Giugiaro, iaitu model asal yang menjadi asas rekaan Hyundai N Vision 74. Acara ini akan berlangsung di studio rekaan Hyundai di Seoul pada 27 Mei 2023 nanti dengan beberapa pengumuman khas akan dibuat

Salah satu pengumuman yang dijangka akan dibuat oleh Hyundai Motor Corporation ialah penghasilan model Hyundai N Vision 74 dalam bentuk produksi pengeluaran. Namun kita boleh jangka rekaan luar model N Vision 74 ini akan menjadi lebih sesuai ntk homologasi pengeluaran dan keselamatan selain menggunakan nama yang lebih komersial

Walaubagaimanapun, artikel Money Today tidak menyatakan punca maklumat laporan mereka bagi menyokong fakta laporan yang dikeluarkan oleh mereka. Malah pihak Hyundai juga tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung dengan perkara ini

Giorgetto Giugiaro merupakan salah seorang lagenda dan ikon dalam dunia rekaan automotif yang telah menghasilkan beberapa unik sepertu Delorean, BMW M1, beberapa model Lamborghini, Maserati, Volkswagen Golf MK1, Alfa Romeo, Lexus GS dan juga Hyundai Pony 1974 yang menjadi asas rekaan kepada Hyundai N Vision 74

Sekiranya idea penghasilan Hyundai N Vision 74 ini direalisasikan, kemungkinan besar ia akan menjadi Hyundai Pony dengan rekaan retro dan muncul di pasaran seawal tahun 2024. Ia adalah satu tempoh masa yang tepat sempena ualng tahun ke 50 Hyndai Pony

Google ads
Back to top button