Artikel Pilihan

PROTOTAIP HYUNDAI IONIQ 5 PAMERKAN CIRI PARKIR E-CORNER SYSTEM

Pernahkah anda cuba memarkir kenderaan anda dengan parkir sisi dan berakhir dengan anda meletakkan kenderaan anda secara senget ataupun tergesel dengan bahu jalan? Atas sebab itulah kamera 360 darjah diperkenalkan, bagi membantu pemandu kenderaan besar memarkir kenderaan anda dengan mudah

Tapi Hyundai Mobis iaitu divisi komponen alat ganti Hyundai mempunyai idea yang lebih menarik iaitu dengan memperkenalkan satu sistem baru yang dinamakan sebagai e-Corner System. Ia membenarkan prototaip Hyundai Ioniq 5 memutarkan semua tayar yang ada padanya sebanyak 90 darjah secara serentak atau berasingan bagi memudahkan Ioniq 5 diparkir dalam petak parkir yang sempit dengan sempurna

Dalam satu video yang ditunjukkan, Hyundai Ioniq 5 EV yang dipasang dengan sistem 4 motor individu pada setiap roda boleh memutarkan semua tayar dan memasuki parkir dari arah sisi, seperti ketam berjalan. Hyundai Mobis memanggil mode ini sebagai crab mode driving.

Malah Hyundai Ioniq 5 ini juga boleh melakukan pusingan u dalam keadaan atau lokasi yang amat sempit dengan begitu mudah sekali, dengan tayar depan dan belakang berputar pada arah yang bertentangan. Bayangkan kalau anda boleh membuat aksi ini di parkir hotel yang sangat sempit.

Selain itu Hyundai Ioniq 5 yang datang dengan ciri e-corner system ini juga boleh membuat pivot turn, dimana satu tayar bertindak sebagai pusat pusingan manakala 3 lagi tayar akan berputar untuk memudahkan pergerakan kereta di lokasi yang sangat sempit

Bagi mode Diagonal Driving juga, Hyundai Ioniq 5 ini juga boleh mencelah di lebuh raya dengan menggunakan semua tayar untuk menerima input stering, berbeza dengan kereta biasa yang hanya menerima input stering pada roda depan sahaja. Ini menyebabkan hany sedikit sahaja stering perlu diputar dan mengurangkan stering effort oleh pemandu.

Google ads
Back to top button