Buletin

HYUNDAI LANCAR KONA 1.6 TURBO & N LINE. BERMULA RM146,888

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini melancarkan secara rasmi varian tertinggi SUV Kona iaitu 1.6 Turbo dan 1.6 N Line ke pasaran Malaysia. 

Kona N Line ditawarkan pada harga RM156,888 seunit, manakala Kona 1.6 Turbo berharga RM146,888 (di atas jalan, tidak termasuk insurans).

Kedua-dua model itu dijana oleh enjin turbo empat silinder sebaris Smartstream G1.6 T-GDi yang mampu menghasilkan kuasa 198PS dan tork 265Nm. Kuasa disalurkan ke roda menerusi kotak gear klac berkembar  tujuh kelajuan generasi kedua. 

Angka itu sekali gus menjadikannya sebagai SUV segmen B paling berkuasa yang boleh anda miliki di pasaran sekarang. 

SUV itu dilengkapi sistem keselamatan aktif Hyundai Smartsense yang terdiri daripada Blind-Spot Collision Avoidance Assist (BCA) dengsn Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA), Lane Keeping Assist (LKA), Lane Following Assist (LFA), Smart Cruise Control dengsn Stop and Go. 

Barisan teknologi bantuan pemanduan yang lain termasuklah Forward Collision Avoidance Assist (FCA), Driver Attention Warning (DAW) dengan Leading Vehicle Departure Alert (LVDA), Rear Occupant Alert (ROA), Safe Exit Warning (SEW) dan High Beam Assist (HBA). 

1.6 Turbo berkongsi rekaan dalaman dan luaran degan varian Kona 2.0 Active, kecuali roof rack, rim bersaiz 18 inci rekaan baharu dan badan dua tona yang eksklusif untuknya. 

Varian N Line tampil lebih agresif dengan badan satu tona. Bahagian hadapan diserlahkan dengan rekaan jeriji unik dan corong pengambilan udara yang besar. 

Ruang kabin pula menerika skrin kluster digital bersaiz 10.25 yang sama seperti Kona 2.0, skrin infohibur lapan inci, ketersambungan Apple CarPlay, Android Auto tanpa wayar, lampu ambien, serta kemasan aluminium pada unit pembesar suara dan corong pendingin hawa. 

Pembeli varian N Line juga dihidangkan dengan ciri pemanas/penyejuk pada tempat duduk hadapan, jahitan benang merah, pedal logam, selain logo N pada tempt duduk, stereng dan tuil gear. Pelanggan boleh memilih upholsteri kulit hitam/suede atau warna cerah (light beige) pada tempat duduk dan panel pintu.   

Terdapat lima pilihan warna iaitu biru, Dive in Jeju, merah, Pulse red dan hijau gelap. Kona hadir bersama jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan sejauh 300,000km. Tidak ketinggalan, pakej servis percuma selama tiga tahun atau 50,000km. 

GALERI

Google ads
Back to top button