" "
Buletin

HYUNDAI STAREX 2021 DILENGKAPI SISTEM TELEMATICS. LEBIH SELAMAT DAN MUDAH

Semua Hyundai Grand Starex yang didaftarkan bermula 1 Mac 2021 sudah dipasang dengan Sistem Telematics untuk meningkatkan tahap keselamatan pemandu dan penumpang jika berlaku kemalangan atau kerosakan. 

Perkhdiamatan rencam turut disediakan dalam sistem berkenaan bagi memudahkan pemlik menempah temu janji servis atau mengesan lokasi kenderaan sekiranya dicuri.

Sistem Teleticks itu merangkumi enam perkhidmatan iaitu eCall: Pengesanan Kemalangan Automatik, Manual eCall: Bantuan Kecemasan, Bantuan Servis, Aplikasi Mudah Alih, Ciri Keteamsbungan Keselamatan dan Pengesanan Kenderaan Curi.

Satu panggilan SOS boleh dilakukan secara serta-merta melalui Manual eCall dengan hanya menekan butang SOS pada konsol pet Grand Starex. Sebaik sahaja butang SoS diaktifkan, pemilk akan menerima satu panggilan daripada Secure Operating Centre (SOC). Selepas disahkan, SOC akan menghantar bantuan sama ada ambulans, polis atau trak tunda. 

Jika sistem mengesan pelanggaran kuat, penggera kemalangan akan  diaktifkan secara automatik menerusi eCall tanpa perlu menekan butang SOS. SOC kemudian akan menghubungi pemilik kenderaan serta-merta. Jika tiada jawapan, ambulan dan polis akan dikerahkan ke lokasi secepat mungkin berdasarkan kepada peranti pengesanan yang ada pada Grand Starex. 

Perkhidmatan kenderaan rosak boleh diaktifkan dengan bCall dan bantuan akan dihantar ke lokasi secepat mungkin. Aplikasi mudah alih pula menawarkan pelbagai ciri seperti mencari lokasi kenderaan, melaporkan kehilangan, membuat laporan bukan kecemasan dan pertanyaan, merekod perjalanan serta menganalisis tingkah laku pemandu. 

Service Assist juga sangat memudahkan pelanggan. Ia mengesan perbatuan kenderaan menerusi satelit dan menghantar tiket ke pusat servis sah Hyundai yang kemudian menjadualkan sesi servis. Manakala perkhidmatan rencam akan mengingatkan pemilik supaya memperbaharui insurans dan cukai jalan. 

Pemilik Grand Starex akan menikmati perkhidmatan Sistem Telematics secara percuma selama tiga tahun. Selepas itu mereka boleh meneruskannya dengan bayaran RM380 setahun. Pelanggan yang ingin memasang Sistem Telematics boleh mendapatkannya pada harga RM1,988. 

MPV 11 tempat duduk itu kini ditawarkan dalam dua varian iaitu Grand Starex A2.5L CRDi Executive  Plus berharga RM165,888. Manakala varian Grand Starex A2.5L CRDi Executive Prime ditawarkan pada harga RM173,888. Ia hadir bersama servis percuma selama tiga tahun atau 50,000km dan jaminan selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 300,000km. 

Google ads
Back to top button