
HYUNDAI KONA EV, POWER KOREA NI
Sebut saja kereta elektrik, pasti kita terbayangkan kereta Tesla buatan Amerika sebagai kereta penanda aras dalam teknologi EV. Bukan Jepun, Korea ataupun Continental. Tapi yang menghairankan kami untuk 10 enjin terbaik tahun 2020, WardsAuto menganugerahkan enjin terbaik kepada Hyundai Kona EV.
Menurut Christie Schweinsberg, editor WardsAuto ” Kami dapati bateri ion Lithium yang dipasang pada Kona sangat kuat, disejukkan melalui cecair, mamou beroperasi sehingga 356V yang membolehkan ia dipandu sama seperti kereta yang menggunakan enjin tanpa perlu dicas semula. Sebagai contoh, pemilik boleh memandu dari San Diego ke Santa Barbara (315km) dengan syarat pemandu menekan pedal dan menggunakan sistem penyaman udara secara berhemah

“Walaupun banyak kereta elektrik mewah dipasarkan bermula tahun 2019, Kona masih memiliki bateri ion lithium yang paling jauah jarak pemanduan dalam industri” tambahnya.
Sistem trenkuasa Kona menggunakan motor elektrik kecekapan tinggi 150kW (201 kuasa kuda) dengan magnet kekal. Kuasa kepada motor dibekalkan oleh bateri ion lithium dengan kapasiti sebesar 64kWh. Motor ini menjana 395Nm dan dihantar terus kepada tayar depan.

Ketumpatan tenaga bateri ini ialah 141.3 Wh/kg dengan berat keseluruhan kurang daripada 453kg. Seperti kebanyakan kereta EV yang lain bateri akan dipasang pada bahagian lantai cesi. Bahagian lantai cesi diperkukuhkan dengan high strength steel yang akan mengelilingi struktur bateri dalam situasi kemalangan.
Bahagian kerangka tepi dan tiang B akan dihasilkan menerusi kaedah hot stamping bagi mengukuhkan kerangka bagi hentaman sisi. Kalau bateri ini bocor dalam kemalangan, ia boleh mengakibatkan kebakaran. Jadi amat penting bagi Hyundai melindungi sel bateri ini sebaik mungkin.

Bateri ini pula dihasilkan daripada beberapa vendor mengikut pasaran di mana Kona EV dijual. Bagi pasaran Korea, ia dibekalkan oleh LG Chem, SK Innovations bagi pasaran Eropah dan CATL Batteries bagi pasaran China. Salah satu sebab kaedah multi-sourcing ini ialah, tak semua vendor mampu menghasilkan bateri mengikut kapasiti yang dipinta oleh Hyundai.
Masalah ini dihadapi oleh semua pengeluar bateri di dunia dan memaksa penghasilan EV terhad kepada berapa unit bateri yang boleh dibekalkan oleh vendor. Berikut ialah masa yang diperlukan untuk pengecasan penuh bateri Kona EV

Dengan menggunakan sistem bekalan kuasa 120V (1.4kW), Kona EV memerlukan sehingga 48jam untuk pengecasan penuh. Bagi pengecasan tahapdia dengan bekalan kuasa 7.2kW, tempoh masa yng diperlukan ialah 9 jam. Namun bagi punca kuasa elektrik sebesar 50kW, masa yang diperlukan hanya 75 minit untuk kapasiti cas 80%. Manakala sistem pengecasan pantas 100kW memerlukan masa 54 minit untuk jumlah cas yang sama.

Bagi memastikan bateri beroperasi dalam keadaan suhu yang optimum, ia dipadankan dengan sistem penyejukan. Ia bagi menghalang sel bateri menjadi terlalu panas sewaktu beroperasi dan memudahkan bateri dicas semula sewaktu suhu sejuk.
Kesemua kuasa akan dihantar menerusi transmisi satu kelajuan terus ke tayar depan. Walaupun hanya menggunakan satu motor sahaja, ia masih mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 9.7 saat. Paling mengagumkan ialah kemampuan Kona EV untuk dipandu jauh dengan sekali cas.

Dalam ujian yang dijalankan, kembar Hyundai Kona EV iaitu Kia Niro mampu bergerak sejauh 453km untuk sekali cas di atas kertas. Ujian jalanan mendapati Kia Niro EV boleh dipandu sejauh 410km ataupun 90% dari jarak yang diiklankan.
Paling bagus Hyundai menawarkan jaminan selama 5 tahun atau 100,000km bagi sistem unit trenkuasa yang dipasang pada Hyundai Kona EV.