" "
Buletin

HYUNDAI KONA N LINE, INI BARU MENGANCAM!

Hyundai Kona diperkenalkan di Eropah pada 2017 dan sejak itu menerima sambutan hangat dengan lebih 228,000 unit jualan. Bukan setakat diterima pengguna, Kona diiktiraf industri dengan menerima Anugerah Rekabentuk iF 2018, Anugerah Red Dot 2018 dan anugerah rekabentuk IDEA 2018.

Beberapa tahun di pasaran, Hyundai memperkenalkan Kona rupa baharu (facelift) pada 2 September 2020 dan menariknya serentak dengan versi N-Line.

Ini adalah kali pertama Kona ditampilkan dalam varian N Line dengan komponen sporti dan menyertai model terdahulu seperti i10, Elantra, i30 dan Tucson.

Berbeza dengan versi biasa, Kona N Line diserlahkan dengan bampar depan lebih garang dan mempunyai tambahan liang di atas gril.

Bahagian bawah bampar ada lip aerodinamik dan sirip pada kedua-dua sisi untuk penampilan lebih garang.

Dari tepi, corak roda aloi saiz 18 inci lebih rumit berbanding Kona biasa manakala lingkungan roda (wheel arch) sama warna dengan badan kereta dan kelihatan ringkas dan elegan.

Bahagian belakang pula mempunyai bampar yang langsung berbeza dengan diffuser besar. Kona N Line lebih kepada imejnya yang sporti manakala Kona biasa dengan imej crossover.

Bahagian dalam varian sporti ini didatangkan dengan pakej warna khas N Line iaitu hitam dan balutan fabrik, kulit atau suede untuk kerusi.

Turut berbeza ialah sulaman merah, padel besi dan logo N pada tombol gear dan kerusi.

Berikut ialah rangkaian kuasa untuk Hyundai Kona N Line dan Kona 2020:

  • 1.6 liter T-GDI (turbo) Smartstream 189 PS dengan transmisi dua klac tujuh kelajuan. Pilihan pacuan 2WD atau 4WD.
  • 1.6 liter diesel Smarstream 136 PS dengan teknologi mild hybrid 48 volt. Dua jenis transmisi 7DCT atau 6iMT dan pilihan pacuan 4WD.
  • 1.0 liter T-GDI Smartstream petrol 120 PS dengan 48 volt mild hybrid dan pilihan 6iMT. 
  • 1.0-litre T-GDI Smartstream dengan pilihan 7DCT (tidak ditawarkan untuk Kona N Line) atau enam kelajuan manual.

Berikut pula ciri-ciri pengendalian dan pemanduan pada kedua-dua varian Kona: 

  • Ditala untuk pengendalian lebih lancar berbanding versi terdahulu.
  • Suspensi dilaras semula untuk pembaikan keselesaan pemandu di samping mengekalkan karakter sporti.
  • Bar penstabil diubah suai untuk lebih keselesaan dan pengasingan (isolation).
  • Penahan hentakan (bump stop) turut diubah untuk pemanduan dan kawalan badan sisi (lateral) kereta.
  • Beberapa komponen diperbaharui bagi memperbaiki tahap NVH (Noise, Vibration and Harshness).
  • Roda 18 inci dengan tayar Conti Premium Contact 6. Sebelum ini menggunakan tayar Conti Sport Contact 5.
  • Stereng ditala mengikut karakter suspensi dan tayar baharu.
  • Talaan spesifik untuk stereng Kona N Line 1.6 T-GDI 4WD.

Selain karakter pemanduan dan penampilan yang diperbaharui, Kona juga canggih dengan penawaran teknologi keselamatan berikut:

  • Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA), Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist.
  • Smart Cruise Control (SCC) with stop and go, Leading Vehicle Departure Alert (LVDA). 
  • Lane Following Assist (LFA), Intelligent Speed Limit Warning (ISLW).
  • Safe Exit Warning (SEW), Rear Seat Alert (RSA).
  • Forward Collision-Avoidance Assist (FCA) dengan pilihan pengecaman penunggang basikal.
  • e-call

Hyundai Kona N Line dan Kona dijadual memasuki pasaran Eropah pada penghujung tahun 2020 manakala Kona Hybrid pula pada awal 2021.

BACA: HYUNDAI ELANTRA N LINE 1.6 TURBO, ADA GAYA ADA KUASA!

BACA: IONIQ JADI JENAMA SENDIRI, EV KENDERAAN MASA DEPAN!

BACA: SEGALANYA TENTANG HYUNDAI INTELLIGENT MANUAL TRANSMISSION

Hyundai Kona N Line

Hyundai Kona

Google ads
Back to top button