
HYUNDAI PALISADE DAN KONA FACELIFT 2021 BAKAL DILANCARKAN DI MALAYSIA TAHUN INI
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengesahkan bahawa ia akan membawa masuk dua model baharu iaitu Palisade dan Kona facelift 2021 ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
Palisade merupakan SUV saiz penuh Hyundai yang dibina di atas chasis baharu. SUV tujuh tempat duduk itu menawarkan ruang dalaman yang luas dan sesuai sebagai sebuah kenderaan keluarga. Jentera itu bakal dikuasakan oleh enjin V6 dengan kitaran Atkinson bersesaran 3.8 liter dual CVVT.
Enjin dengan sistem pancitan bahan api itu mampu menjana kuasa mencecah 291hp dan tork 355Nm. Pemilihan enjin oleh HSDM nyata berbeza dengan Hyundai Indonesia yang memilih enjin diesel untuk dipasarkan di republik berkenaan.

Antara ciri moden yang diterapkan pada Palisade ialah Head-up Dispaly (HUD), paparan skrin TFT berwarna penuh dan ventilasi bumbung. Ciri bumbung yang inovatif itu membolehkan kabin untuk sejuk dengan lebih sekata dan pantas, selain memastikan ruang kabin sentiasa senyap.
Palisade mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 2018 dan menjadi antara model popular Hyundai di sana.
HSDM juga bakal memperkenalkan SUV kompak Kona kepada pengguna tempatan. Ia agak mengejutkan kerana Kona baru sahaja dilancarkan pada tahun lepas. Model facelift menerima enjin Smartstream G2.0 dengan kitaran Atkinson.

Dengan kuasa 149PS dan tork 180Nm, enjin berkenaan menjanjikan pemanduan lebih dinamik, selesa dan menjimatkan bahan api. Sama seperti model-model baharu Hyundai lain, Kona tampil dengan bahasa rekaan Sensuous Sportiness yang agresif.
Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung memberitahu pihaknya kini sedang merancang untuk melancarkan beberapa model lagi selain Palisade dan Kona facelift tahun ini.
Betul-betul agresif HSDM sekarang ya.
- BACA: HYUNDAI TERIMA LEBIH 236K PERTANYAAN TENTANG IONIQ 5. PALING TINGGI SETAKAT INI
- BACA: TERJATUH KE CERUN, MANGSA KEMALANGAN PANDU HYUNDAI SONATA HANYA TINGGAL TENGKORAK
- BACA: PERBINCANGAN SUDAH TAMAT. HYUNDAI TIDAK SUKA DILAYAN SEPERTI PEMBEKAL APPLE
- BACA: HYUNDAI LANCAR PALISADE DI INDONESIA. 3 VARIAN, 2.2L TURBO DIESEL, 7 TEMPAT DUDUK, BERMULA RM223K SEUNIT