Buletin

HONDA CRF250 RALLY 2021. INSPIRASI REKAAN JENTERA RALI DAKAR, BERMULA RM27,600

Boon Siew Honda hari ini mengumumkan pelancaran model Honda CRF250 RALLY ke pasaran tempatan. Tampil dengan DNA rekaan jentera HRC CRF450 RALLY Dakar, CRF250 RALLY 2021 dikatakan lebih ringan, lincah dan lengkap berbanding model sebelumnya.

Motosikal itu menggunakan enjin empat lejang DOHC silinder tunggal bersesaran 250cc berkuasa 24.5hp dan tork maksimum 23Nm pada 6,500rpm.

Antara penambahbaikan yang diterima termasuklah:

  • Nisbah kotak gear telah disemak semula untuk pecutan lebih baik
  • Aspek pengendalian mantap di atas apa jua permukaan jalan
  • Klac assist/slipper
  • Tangki lebih besar berkapasiti 12.8 liter
  • Meter LCD dengan pelbagai ciri baharu seperti kedudukan gear dan penggunaan bahan api
  • Pelana lebih lebar

CRF250 RALLY dipasang dengan suspensi jenis fork terbalik 43mm untuk roda hadapan dan Pro-Link di belakang. Tugas membrek pula diserahkan kepada sistem brek ABS dua saluran yang hadir sebagai ciri standard.

Berat jentera itu dapat dikurangkan sebanyak 5kg hasil penggunaan kerangka dan lengan ayun baharu.

Berminat? CRF250 RALLY hanya didatangkan dalam satu warna iaitu merah dan boleh anda miliki pada harga bermula RM27,599 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button