Motosikal

YAMAHA LANCAR Y15ZR 155 VVA DI SIC MINGGU DEPAN?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam berkongsi satu klip video ringkas yang memberi bayangan satu model baharu bakal dilancarkan tidak lama lagi. 

Mesej itu disampaikan oleh selebriti terkenal tanah air, Zizan Razak. Jentera dengan enjin 155cc dan teknologi VVA itu dijadual dilancarkan oleh Yamaha pada Khamis minggu depan (18 Mac 2021) pada jam 7 malam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 

Jadi, model apa yang akan diperkenalkan itu? Adakah moped Y15ZR V3 dengan enjin VVA atau model lain? Sedia maklum bahawa model Y15ZR yang dijual sekarang masih belum dilengkapi teknologi VVA. 

Berbanding pasaran Vietnam, pengguna di sana sudahpun boleh membeli Exciter 155 VVA sejak tahun lepas lagi.   

Dilihat segi spesifikasi, Yamaha Exciter 155 VVA menawarkan kuasa mencecah 17.1hp dan tork 14.4Nm. Sebagai perbandingan, Yamaha Y15ZR V2 hanya mampu menjana 15.1hp dengan tork 13.8Nm. 

Kotak gear juga berbeza dengan Exciter menggunakan transmisi jenis basah enam kelajuan. Manakala Ysuku menggunakan transmisi jenis constant mesh lima kelajuan. 

Google ads
Back to top button