Buletin

DUA PESAWAT TAMBANG MURAH BERTEMBUNG DI LANDASAN

Dua pesawat penumpang tambah murah, FlyDubai dan Gulf Air bertembung di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Bagaimanapun, pihak berkuasa melaporkan Insiden terbabit tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Menurut FlyDubai, satu daripada pesawat Boeing 737-800s miliknya bertembung dengan kapal terbang Gulf Air ketika membuat persediaan untuk terbang ke Kyrgyztan.

Selepas insiden itu, penumpang pesawat terbabit dipindahkan dan kemudiannya berlepas ke Kyrgyztan menggunakan kapal terbang lain.

“FlyDubai akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat insiden tersebut,” jelas kenyataan itu sambil memaklumkan pesawat berkenaan mengalami kerosakan di bahagian sayap.

Dalam pada itu, Gulf Air pula menyatakan insiden itu tersebut menyebabkan ekor pesawatnya terjejas.

Penumpang pesawat Gulf Air ketika itu bersiap sedia untuk terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain di Manama.

Selain itu, pihak berkuasa lapangan terbang Dubai memberitahu, insiden itu menyebabkan dua landasan terpaksa ditutup selama dua jam, namun tidak menjejaskan jadual penerbangan lain. – AP/ALArabiya

Google ads
Back to top button