
HYUNDAI ELANTRA N, DIUJI DI NURBURGRING. 275 KUASA KUDA
Nampaknya Hyundai Elantra N, versi paling berkuasa sedang giat diuji oleh Hyundai di Litar Nurburgring. Ia bakal dijual menjelang tahun 2022. Antara pasaran utama model ini ialah Amerika dan jika ada permintaan yang menggalakkan ia akan turut dipasarkan di Eropah menurut Albert Biermann
Elentra N akan melengkapi barisan model N dari Hyundai termasuklah i30N dan Veloster N. Ia akan dikuasakan dengan enjin 2000cc 4 silinder turbo yang menghasilkan 275 kuasa kuda dengan padanan transmisi 6 kelajuan manual atau 8 kelajuan DCT. Semua kuasa akan dihantar ke tayar depan.

Berbeza dengan Elantra biasa, model N akan tampil dengan penggayaan yang lebih agresif seperti bampar dengan air intake yang lebih besar, bampar belakang yang sporti, side skirt, 4 sirip diffuser dengan 2 ekzos berkembar dan satu spoiler.
Dalam video ini anda akan mendengar ekzos sport yang padu serta dengan sistem anti-lag berfungsi ketika diuji di litar Nurburgring