Buletin

CUAK TAK TENGOK PORSCHE MACAN TERGANTUNG DARI PARKIR TINGKAT 4

Apabila melihat bahagian hadapan Porsche Macan tergantung dari parkir bangunan kediaman pada tingkat empat tentu menimbulkan persoalan.

Adakah ia disebabkan tersalah tekan pedal? Jawapannya sama sekali meleset.

Media tempatan di Rusia melaporkan, kejadian yang berlaku di lot parkir kompleks kediaman Moscow River Park (RC) tersebut disebabkan beberapa elemen.

Negara Rusia sering kali berdepan musim sejuk yang teruk malah sebahagian salji akan memasuki ruang parkir pada sehingga melitupi lantai konkrit.

Perkara tersebut didakwa menyebabkan kehilangan daya tarikan bagi Porsche Macan terbabit sehingga pemandu tidak dapat menghentikan SUV lalu merempuh dinding parkir.

Insiden berkenaan menyebabkan bahagian hadapan crossover itu tergantung di udara pada ketinggian tingkat empat bangunan tersebut.

Difahamkan, pemain hoki ais profesional Rusia, Denis Kazionov bersama anak lelaki dan isterinya berada di dalam kenderaan itu dan mereka terselamat berikutan terdapat besi menghalang dari jatuh ke bawah. – autoevolution

Google ads
Back to top button