Buletin

MAZDA MX-5 GENERASI BARU SEBAGAI EV ATAU TRENKUASA HIBRID 48 VOLT

“Mazda sedang berusaha untuk menghasilkan MX-5 Miata dengan kuasa elektrik sebagai salah satu usaha untuk menghasilkan model EV menjelang tahun 2030. Kami akan berusaha keras bagi memastikannya menjadi ringan, murah dan mengekalkan konsep sport roadster untuk memenuhi kehendak pelanggan”

Ini adalah sebahagian daripada kenyataan rasmi Mazda berkenaan masa depan kereta sport mereka yang popular iaitu Mazda MX-5 Miata. Jenama automotif Jepun seperti Toyota dan Mazda tidak agresif dalam menghasilkan kereta berkuasa elektrik, namun baru baru ini kedua dua jenama ini telah menayangkan teknologi yang bakal diperkenalkan bagi kenderaan EV mereka

Satu laporan daripada portal berita Kuruma-News memberi sedikit bayangan tentang masa depan Mazda MX-5, termasuk pembangungan dan halatuju Mazda dalam teknologi trenkuasa elektrik. Antara sasaran Mazda ialah menghasilkan dan menjual sehingga 25% trenkuasa EV menjelang tahun 2030.

Baki 75% lagi akan menggunakan sistem hibrid elektrik dan enjin pembakaran dalam dalam usaha mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida. Jadi berdasarkan fakta ini adalah selamat untuk mengatakan jika Mazda MX-5 Miata iangin terus dikekalkan, ia akan dihasilkan dengan teknologi EV ataupun hibrid.

Namun dari aspek teknikal, membangunkan sebuah roadster yang lincah dan ringan adalah satu cabaran besar memandangkan bateri yang akan digunakan akan menyebabkan kereta akan menjadi berat. Melainkan Mazda berjaya menghasilkan bateri yang lebih ringan, maka cabaran ini membuatkan jurutera Mazda pening kepala.

Dalam satu sidang media yang dihadiri oleh Mr. Ichiro Hirose (Senior Managing Executive Officer R&D, Cost Innovation) dan Mr Takeji Kojima (Managing Executive Officer, R&D Product Strategy Carbon Neutral, Hirose menegaskan roadster termasuk dalam pelan Elektrifikasi 2030 dan mengekalkan DNA Miata yang ringan

Antara unit trenkuasa yang dipertimbangkan termasuklah gabungan enjin SkyActiv-G dengan sistem mild hibrid 48 Volt untuk Miata. Hirose menegeaskan sistem hibrid 48 Volt memeliki kelebihan tersendiri terutama dalam aspek brek regeneratif dan kuasa

Google ads
Back to top button