Buletin

HYUNDAI VELOSTER N GUNA 8 GEAR DCT! LAGI CEKAP

Penghargaan wajar diberikan kepada Hyundai kerana bersungguh dalam membina dan memasarkan model berprestasi N. Bukan satu tetapi tiga model iaitu i30 N, i30 Fastback N dan Veloster N.

Ini adalah percubaan serius Hyundai dalam menyaingi model berprestasi seperti Volkswagen Golf GTI.

Satu lagi kelebihan pada Hyundai ialah keupayaan kejuruteraan. Terbaru Hyundai memperkenalkan Veloster N dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan.

Hyundai i30 N

Transmisi yang dikenali sebagai N DCT itu adalah jenis klac basah yang menggunakan minyak untuk pelinciran dan penyejukan lebih baik.

Ia kegunaan biasa bagi menampug enjin yang mempunyai daya tujahan tinggi.

N DCT juga adalah alternatif baharu kepada pembeli selain transmisi manual enam kelajuan sedia ada.

Dengan N DCT, daya pecutan 0 hingga 100 km/j memerlukan 5.6 saat.

Hyundai i30 Fastback N

Transmisi N DCT dilengkapi penggerak (actuator) elektronik yang mengoperasikan klac berkembar.

Di antara faedah yang ditawarkan ialah kecekapan bahan api, keselesaan pemanduan dan paling penting, keseronokan memandu.

Hyundai juga membangunkan N DCT dengan ciri seperti permainan video untuk menambah keseronokan pemanduan.

Program yang dikenali sebagai N Grin Shift (NGS) itu meningkatkan daya tujahan atau tork kepada tujuh peratus dari 353Nm kepada 378Nm.

Hyundai i30 N

Sistem itu berfungsi dengan meningkatkan boost pengecas turbo dan menambah respon tranmisi selama 20 saat.

Hasilnya akan membuatkan pemandu tersenyum susulan program NGS tersebut.

Selain itu, N Power Shift (NPS) pula menukar gear apabila pedal ditekan lebih daripada 90 peratus.

Ini dapat mengurangkan kehilangan daya tujahan dengan menukar gear ke atas bagi menghantar kuasa maksimum kepada roda.

Ia juga memberikan rasa pecutan responsif dan dinamik apabila gear ditukar.

Hyundai Veloster N N DCT

N DCT turut dilengkapi N Track Sense Shift (NTS) yang mengesan keadaan jalan raya untuk pemanduan dinamik dan ia diaktifkan secara automatik.

Sistem akan memilih gear yang betul dan masa penukaran gear sama seperti pelumba profesional.

Kesemua fungsi ini boleh dilaras melalui sistem infohibur Veloster N yang ditambah baik dengan sistem operasi terbaru dan skrin definisi tinggi lapan inci.

Ada lagi ciri menarik pada Veloster N.

Selain fungsi yang telah diperbaharui seperti Rev Matching, Launch Control dan Overboost, Veloster N mempunyai sistem yang mengesan gaya pemanduan secara automatik.

Sebagai contoh apabila menuruni jalan curam, sistem akan menggunakan pembrekan enjin bagi mengurangkan risiko cakera brek terlalu panas (overheating).

Jika di litar lumba dengan pemanduan berprestasi, sistem akan menggunakan kesemua putaran (engine revolutions) yang ada untuk memaksimumkan prestasi.

Hebat bukan? Akhir sekali pelanggan boleh memilih kerusi N Light Sports Bucket Seats yang sesuai untuk digunakan di litar lumba.

Kerusi ini lebih nipis dan sekitar dua kilogram lebih ringan berbanding kerusi standard.

Veloster N akan dipasarkan di Korea Selatan pada bulan ini dan disusuli pasaran lain pada bulan berikutnya.

Tags
Google ads
Back to top button