Buletin

INI TEKSI UDARA HYUNDAI DAN UBER – 290KM/J 100% ELEKTRIK

Agenda teksi udara bukan suatu angan-angan yang tidak realistik. Pelbagai syarikat di dunia sedang membangunkan kenderaan ini sebagai mod pengangkutan baharu.

Terbaru dua syarikat besar iaitu Uber dan Hyundai Motor Company mengumumkan kerjasama baharu bagi membangunkan Teksi Udara Uber untuk khidmat perkongsian udara masa depan.

Pengumuman yang dibuat sempena Pameran Elektronik Konsumer (CES) di Las Vegas itu turut mempertontonkan model konsep kapal terbang skala penuh. 

Hyundai adalah syarikat automotif pertama yang menyertai inisiatif Uber Elevate iaitu pelbagai jenis perkhidmatan pengangkutan udara.

Melalui kerjasama ini, Hyundai akan mengeluarkan kenderaan udara manakala Uber akan menyediakan khidmat sokongan ruang udara, sambungan kepada pengangkutan di darat dan antara muka pelanggan melalui rangkaian perkongsian udara.

Sebelum pengumuman ini dibuat, Hyundai telah bekerjasama dengan Uber Elevate dalam membangunkan model Kenderaan Udara Peribadi (PAV) yang dikenali sebagai S-A1.

Model itu berlepas dan mendarat secara vertikal-elektrik (eVTOL) bagi tujuan khidmat perkongsian pengangkutan udara.

Berikut ialah ciri-ciri Hyundai S-A1 yang dibina mengikut garis panduan eVTOL yang dicadangkan Uber Elevate:

  • Direka untuk kelajuan jelajah (cruising speed) sehingga 290 km/j, altitud penerbangan sekitar 1,000 hingga 2,000 kaki di udara dan jarak penerbahangan sehingga 100 km
  • S-A1 dikuasakan oleh 100 peratus elektrik dan di dalam waktu puncak memerlukan lima hingga tujuh minit masa pengecasan
  • Nadi elektrik menguasakan sejumlah bilah dan kipas yang dipasang pada sekeliling rangka udara (air frame). Bilah yang banyak dan kecil mengurangkan bunyi berbanding bilah besar pada helikopter konvensional
  • Pada peringkat awal, S-A1 menggunakan juruterbang dan pada masa akan datang diterbangkan secara autonomi
  • Kabin direka dengan empat kerusi penumpang yang membolehkan pengguna keluar dan masuk secara mudah. Ruang ditengah boleh digunakan untuk beg peribadi pengguna

Uber dan Hyundai tidak memaklumkan tarikh S-AI dikeluarkan dan berdasarkan perancangan sebelum ini, Uber Elevate akan ditawarkan kepada pengguna pada 2023.

BACA: KEMUSYKILAN TENTANG KERETA ELEKTRIK DAN DIJAWAB OLEH HYUNDAI

BACA: KERETA PANDU SENDIRI VOLVO & UBER DAH SIAP, ANDA SUDAH BERSEDIA?

BACA: HYUNDAI “TYPE-R” i30N RASMI DILANCARKAN. RM298,888

Tags
Google ads
Back to top button