Buletin

COVID-19: MISSOURI SAMAN CHINA. PROFESOR UNDANG-UNDANG KATA BUANG MASA SAHAJA

Negeri Missouri, Amerika Syarikat mengemukakan saman ke atas China berikutan penularan wabak COVID-19. Selain menyatakan para pegawai kanan China perlu dipersalahkan ke atas pandemik global itu. 

Saman difailkan di Mahkamah Persekutuan oleh peguam utama dari parti Republikan. Ia mendakwa pegawai China sebagai bertanggungjawab ke atas jumlah kematian yang tinggi, penderitaan dan kerugan ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh warga dunia. 

Peguam, Eric Schmitt dalam satu kenyaaan bertulis menyatakan kerajaan China menipu tentang bahaya koronavirus dan tidak melakukan tindakan sewajarnya untuk memperlahankan penularan wabak berkenaan. 

“Kerajaan China mesti bertanggungjawab atas tindakan mereka,” katanya. 

Tidak jelas sama ada saman itu akan memberi sebarang impak. Undang-undang Amerika secara umumnya menghalang saman ke atas negara lain dengan sedikit pengecualian. 

“Masalah perundangannya di sini ialah, saman ini tidak mungkin boleh dilaksanakan,” kata profesor undang-undang dari Universiti California, Chimene Keitner. 

Keitner juga sebelum ini ada menulis satu entri bertajuk “Don’t Bother Suing China for Coronavirus” dalam blognya. 

Pengarah Eksekutif parti Demokrat Missouri, Lauren Gepford pula menyifatkan saman itu sebagai satu bentuk ‘stunt’ oleh Schmitt yang mahu kembali bertanding dalam pilihanraya tahun ini. 

Jumlah kematian akibat COVID-19 di Missouri meningkat seramai 16 kepada 215 orang. Sementara kes jangkitan pula naik sebanyak 156 kepada 5,963 kes. – kredit foto: USA Today

Google ads
Back to top button