Buletin

HYUNDAI ELANTRA 2021, BILA HYUNDAI TUNJUK BELANG!

Kebangkitan besar-besar Hyundai dan Kia dicetuskan melalui reka bentuk yang berani. Kedua-dua syarikat sebelum itu bermain dengan reka bentuk selamat dan kemudian menyerlah dengan gaya bahasa progresif.

Reka bentuk sebegitu sebenarnya adalah iklan percuma bagi menarik perhatian. Media bercakap mengenainya dan menarik perhatian orang ramai.

Fasa seterusnya menyaksikan Hyundai dan Kia mengekalkan momentum yang kemudian dicabar kembali oleh pengeluar Jepun seperti Honda, Nissan dan Toyota.

Kini Hyundai dilihat mahu kembali mencabar dengan reka bentuk agresif. Hyundai melancarkan sedan segmen D Sonata dan terbaru memperkenalkan Elantra 2021 dengan rekaan yang sangat menyerlah.

Elantra 2021 dan Elantra Hybrid diperkenalkan di Amerika Syarikat dan disiarkan ke seluruh dunia.

Elantra menggunakan bahasa reka bentuk Sensuous Sportiness yang berjaya menyerlahkan model ini dengan sekali pandang.

Dari segi ukuran, panjang Elantra ialah 184.1 inci, lebar 71.9 inci dengan kedua-duanya sedikit mengatasi Corolla, Civic, Sentra (Sylphy) dan Mazda3.

Ukuran tinggi ialah 55.7 inci dan jarak roda 107.1 inci. Ketinggian Elantra sama seperti Civic dan paling rendah di antara pesaing lain.

Secara keseluruhan, para pereka Hyundai mahu Elantra tampil seperti sebuah coupe empat pintu yang menjadikannya lebih panjang, rendah dan lebar berbanding generasi keenam.

Berikut ialah ciri-ciri Hyundai Elantra 2021:

  • Dipanggil Avante di pasaran Korea
  • Model kedua menggunakan gaya Sensuous Sportiness selepas Sonata
  • Elantra SE, SEL, dan Limited menggunakan enjin 2.0L MPI
  • Berkuasa 147 hp @ 6,200 rpm dan 179 Nm @ 4,500 rpm
  • Dipadan bersama transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT)
  • Elantra Hybrid menggunakan enjin 1.6-liter GDI dengan motor elektrik 32 kW yang dikuasakan bateri lithium-ion polimer 1.32 kWh
  • Kombinasi output kuasa ialah 139 hp dan sehingga 264 Nm
  • Dipadan bersama transmisi enam kelajuan klac berkembar
  • Standard dengan teknologi keselamatan SmartSense seperti Forward Collision-Avoidance Assist (FCA) with Pedestrian Detection, Lane Keeping Assist (LKA), Lane Following Assist (LFA), High Beam Assist (HBA), Driver Attention Warning (DAW) dan Rearview camera with dynamic guidelines

Elantra adalah model Hyundai yang penting di AS dengan jualan sudah melebihi 3.4 juta unit. Jualan peringkat global pula lebih dari 13.8 juta unit.

Pengeluaran Elantra dimulakan beberapa bulan lagi di Ulsan, Korea dan Alabama. Jualan kepada pengguna ditawarkan pada suku keempat 2020.

BACA: HYUNDAI i30 2020 DAH NAK KELUAR, i30 WAGON N LINE PUN ADA!

BACA: KEMUSYKILAN TENTANG KERETA ELEKTRIK DAN DIJAWAB OLEH HYUNDAI

BACA: HYUNDAI VENUE, SUV ARAS MULA PADA HARGA TERBAIK

Google ads
Back to top button