#IKLAN PILIHAN – JOM MENGEMBARA BERSAMA PERODUA KEMBARA
Perodua Kembara ini suatu ketika dahulu pernah menjadi dambaan lelaki kota yang inginkan sebuah kenderaan urban bergaya. Kemuncak populariti Perodua Kembara ini apabila iklan yang cukup ikonik dalam kaca televisyen di kala itu. Sang lelaki memberitahu kepada orang ramai bahawa beliau ada DVVT dengan gaya yang sedih. Cilakak betei. Kala itu manalah orang awam tahu jadah apa benda DVVT tu kan?
BBNU barangkali tidak mengenali ayahanda kepada Perodua Ativa ini. Sebagai SUV pertama keluaran negara, ianya adalah model salinan terus daripada Daihatsu Terios yang mana, ianya merupakan dambaan buat para pemilik untuk menukarkan terus identiti kepada JDM. Dengan rekaan yang sedikit tinggi, sudah pasti untuk memandu keluar masuk ke dalam kawasan estet dengan permukaan off road yang ringan tiada masalah walau pun ianya bukanlah kenderaan pacuan empat roda. Yang penting, gaya off road sudah ada.
Dan ketika varian DVVT dikeluarkan, ini adalah kemuncak kepada Perodua Kembara (juga terdapat varian Kembara CT Elegance) Malah kumpulan KRU turut ditaja oleh Perodua untuk mempopularkan lagi model keluaran mereka.
Tapi Perodua Kembara yang anda lihat ini lebih daripada DVVT dok ada. Ini bukan lagi DVVT biasa yang anda pernah lihat. Perodua Kembara ini telah menjalani Proses restorasi yang cukup ekstensif luar dan dalam. Mentanglah pemiliknya juga adalah pemilik kedai potong di Klang. Sudah tentu untuk mendapatkan peralatan untuk merubah kepada identiti JDM tidaklah sukar.
Perodua Kembara ini telah disalin sepenuhnya kepada kit badan Urban Rapid yang dapat dilihat perbezaannya melalui bampar serta gril yang berbeza (ada perkataan Terios dibahagian gril). Tampak lebih garang dari hadapan.
Dan di bahagian dalam, tempat duduk asal Kembara telah digantikan dengan mengambil tempat duduk daripada model saudara kembar, Toyota Cami yang berwarna hitam.
Bahagian nadi juga pemiliknya telah menukar terus kepada nadi yang lebih berkuasa, enjin K3-VET 1300cc yang cukup berkuasa. Menurut pemiliknya, enjin yang berkuasa ini senang – senang aja boleh habis meter. Entah toyol apalah yang pemiliknya dah bubuh dalam.
Oh ya, enjin ini juga suatu ketika dahulu pernah menjadi rebutan buat pemilik Myvi. Sistem transmisi auto tiptronic juga telah disalin terus untuk menambahkan kesedapan pemanduan. Itu jam, transmisi tiptronic ini dianggap cukup King buat sesiapa yang menggunakannya.
Dan Perodua Kembara yang sudah lengkap menjalani proses restorasi yang cemerlang ini bersedia untuk bertukar geran dengan menjadikan RM28,000 sebagai wang taruhannya secara tunai. Demi memenuhi hasrat untuk terus kekal berlumba. Ada yang berminat, mai roger si Paklong Zam ni terus 0172819180.
Kata Paklong Zam, nak nego silakan. BK tak campur tangan. Tapi sumpah memang lawa Kembara ni kan?
BACA : #IKLANPILIHAN: KERETA RALI PROTON SATRIA LAGENDA NI
BACA : #IKLANPILIHAN – TOYOTA STARLET GT TURBO EP82. PENUH JAJAN, HARGA BERPATUTAN