Iklan Pilihan

IKLAN PILIHAN: WAGON PADU VOLVO V70 CONVERT 2.3 T5 SEDIA UNTUK DILEPASKAN

Ketika ramai yang sibuk nak beli kereta baharu selepas kerajaan umum lanjutan pengecualian cukai kenderaan sehingga 30 Jun 2021, tidak kurang juga yang lebih gemar mencari kereta terpakai. 

Antara model yang mempunyai peminat tersendiri ialah wagon daripada Volvo. Kalau anda sedang mencari, ini ada satu barang baek yang baru sahaja diiklan untuk dijual di laman Facebook Volvo Owners Club Malaysia. 

Menurut Kamarul Arifin, Volvo V70 yang ingin dijual itu merupakan model dengan enjin asal bersesaran 2.5 liter. Tetapi, enjin itu sudah ditukar kepada enjin 2.3L T5 throttle cable. 

Jika dilihat pada foto-foto yang disertakan, bahagian luaran wagon berwarna kelabu itu masih dalam keadaan baik. Tiada masalah untuk dipandu dalam jarak yang jauh katanya. 

Malah, banyak alat ganti wear and tear sudah diganti. Tidak dinyatakan apakah komponen yang sudah ditukar, pembeli mungkin perlu bertanya sendiri kepada penjual. 

Melihat ke dalam ruang kabin, pembeli perlu membuat sedikit upgrade, terutama pada balutan kulit tempat duduk yang nampak sudah merekah, tetapi tidak lah terlalu teruk.

Karpet pada ruang kargo perlu ditukar, tapi kalau setakat nak bawa barang atau dibuat lasak, tak tukar pun tak apa. 

Maklumat lain adalah seperti berikut: 

  • ada child booster seat
  • Rim RPO1 pcd 108 bukan tebuk2 knuckle
  • Aircond sejuk beku
  • Seat depan Full Electronic 
  • Lampu depan ABM
  • Bumper depan R
  • Front Splitter FRP
  • Kakimotor original muffler (tak bising,power ada)
  • Grill depan Eggcrate original

Menurut Kamarul, kereta itu sudah siap pemeriksaan Puspakom, hanya perlu thumbprint untuk urusan tukar nama. Harga? RM19,800 dengan nego nipis sikit. Kereta ini berada di Kelana Jaya / Shah Alam.  

Kalau berminat, boleh hubungi 018-357 8583 

GALERI

Google ads
Back to top button