Iklan Pilihan

#IKLAN PILIHAN : KERETA LUMBA EVO III SIAP SEDIA BERLUMBA UNTUK DIJUAL

Apabila menyebut tentang kereta lumba / kereta rali, model yang sering kali kita lihat atas trek adalah Proton Satria. Tidak dapat dinafikan, faktor kos menjadi ciri utama mengapa ianya kerap menjadi pilihan selain daripada kesedapan casis Satria sendiri.

Nah, tapi bagiamana pula jikalau ada sebuah model yang cukup layak untuk dijadikan sebagai kereta lumba / kereta rali? Inilah dia, Mitsubishi Lancer Evolution III. Model yang sentiasa menjadi idaman ramai para pria.

Sedikit sejarah, model sedan sport ini mula dikeluarkan bermula pada tahun 1992 dengan Evo terlebih berada di pasaran disusuli dengan Evo II dan juga Evo III. Secara asasnya. generasi ketiga Evo ini masih lagi berkongsi casis yang sama tetapi telah diberikan beberapa kerja tingkat taraf serta penampilan yang lebih garang terutamanya kit badan.

Ok berbalik kepada Mitsubishi Evo III yang dipaparkan ini, ianya adalah milik sahabat BK juga, si Rellik Nizam. Model ini sememangnya beliau gunakan untuk berlumba rali sejak beberapa tahun lalu. Cuma katanya, sudah sampai tika dan waktunya beliau melepaskan jentera lumba yang turut boleh digunakan untuk berlumba di trek memandangkan ianya telah menggunakan sistem ampaian daripada RDS yang boleh diubahsuai mengikut kehendak.

Suka untuk diingatkan, ini adalah kereta lumba semata dan tanpa dokumen hak milik. Jadi memang tak boleh untuk diubahsuai kepada kereta jalanan. Hanya untuk berlumba semata. Tambahan pula segala tok nenek dah dipasang, buat berlumba sahaja sudahlah kan. Boleh roger terus kepada pemilik.

Harga? RM 33,000 boleh nego tipis ke tebal tak tahulah. Korang rogerlah sendiri nanti.

Spesifikasi Mitsubishi Lancer Evolution III

Engine 4G63T 272 degree Matspeed Racing Camshaft

HKS Adjustable Campulley

King Bearing on main & conrod

Evo 3 Wayering, Rechip Ecu by Kemkita & Launch Control

Turbo TD05 include header + Original Intercooler Evo 3

Original Intake, injector & Throttle body Evo 3

NGK Cable Plug R08

Gearbox LSD 4WD Evo 3 + Transfer Case Evo 3

Long Shaft Evo 3 + Rear Axle Evo 3

Set Driveshaft LSD Depan + Set Driveshaft Belakang

Disk brake Evo 3 Depan + Disc brake Lancer Ralli Art Belakang include arm

Cermin Belakang Evo 3

Lower Arm Depan Evo 3

Tanki 4WD + TPS Fuel Pump 255 lph

Adjustable Absorber RDS Hi Low Soft Hard with canister & Pillow Ball Top Mount (Tarmac/ Circuit Spec)

Adjustable Absorber Fawster Hi Low Body Shift & Pillow Ball Top Mount (Gravel Spec)

Chasis CE9A + Rollcage

Bumper Depan Evo3 + PU Lips

Fender Evo3 Kiri Kanan + Cermin Cromax Evo3 Kiri Kanan

Dashboard Meter Lancer Rev 9k RPM _+ Lampu Depan Kiri Kanan Evo3

Signal depan aftermarket

Bonet Depan Fiber + Bonet Belakang Evo3 + Spoiler Evo3

Lampu Belakang Evo3 + Bumper Belakang Evo3

2 unit bucket seat + 2 set 4 point harness

Klik untuk roger : FB Rellik Niezarm

BACA : t#IKLAN PILIHAN – JOM MENGEMBARA BERSAMA PERODUA KEMBARA

BACA : #IKLANPILIHAN: KERETA RALI PROTON SATRIA LAGENDA NI

Google ads

B K

Back to top button