#IKLAN PILIHAN : BMW 428i GRAN COUPE INGIN DILEPASKAN DENGAN HARGA YANG MURAH SIKIT DARI MUDAH. APA LAGI TUNGGU!
Anda adalah peniaga MLM? Anda inginkan dikagumi jiran setempat dan juga bakal mak mertua? Anda teringin miliki sebuah kereta sport empat pintu yang handal? Anda teringin pakai BMW tapi bajet kecil? Dan paling penting anda bukanlah peminat logo buah pinggang BMW itu? Nah, ini mungkin jawapan yang diperlukan. Sebuah model BMW 428i, Grand Coupe MSport ingin dilepas oleh pemiliknya.
Sedikit cerita tentang model BMW 428i Gran Coupe MSport ini, ianya merupakan salah satu varian daripada model BMW 4 Series (F32) yang cukup dikenali dengan model coupe untuk pengeluar dari Jerman ini. Ianya mula diperkenalkan kepada umum pada September 2013 di Frankfurt Motor Show.
Dan model yang dipaparkan ini adalah merupakan varian Gran Coupe (F36, yang juga merupakan model coupe empat pintu ini telah dilancarkan setahun kemudian di Geneva Motor Show). Cukup sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga tetapi inginkan sebuah penampilan ala sebuah coupe.
Model ini secara asasnya menggunakan trenkuasa 2.0 liter twin turbo yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 245 HP dan tork 350 Nm. Nampak macam tak adalah lemau sangat, kita memadailah kuasa yang diberikan oleh Gran Coupe ini. Paling penting, ianya cukup sesuai untuk membawa ahli keluarga yang lain tanpa masalah. Nak melaram depan bakal mak mertua pun molek sangat.
Jadi baiklah, BMW 428i Gran Coupe MSport ini sebetulnya hendak dijual oleh pemiliknya yang juga merupakan kenalan BK serta kenalan lama Abg Japar, Roduwan Rashid atau pun juga dikenali dengan panggilan Chepot yang juga merupakan pemilik Kenari Nemo suatu ketika dahulu yang cukup popular di kalangan pembaca MK.
Sebagai pencinta kereta, Roduwan Rashid yang juga merupakan juara rali kebangsaan sebanyak dua kali pastinya cukup arif dalam bab penjagaan penampilan dan penyelenggaraan kenderaan. Mata kasar jelas memperlihatkan kondisi luaran model ini yang masih lagi berkilat dan bersih tanpa terdapat calar yang menyakitkan hati dan perasaan sang pemilik.
Gran Coupe yang didaftarkan pada tahun 2015 ini telah dimiliki oleh Roduwan pada tahun 2017 selaku pemilik kedua dengan harga yang boleh tahan murah lebih kurang separuh daripada harga baharu ketika itu. Dan kini, harga yang ingin dilepaskan hanyalah RM88,000 sahaja (harga di Mudah lebih kurang RM100k ++). Kira murahlah juga kan.
Oh ya, no plat nanti katanya si Chepot akan diberikan baharu memandangkan beliau bercadang untuk menyimpannya untuk model yang akan berganti di ruangan parkir rumah beliau kelak.
Boleh aja roger si Roduwan di talian 019-6677722. Apa lagi, kasi hello si Roduwan dan jangan lupa petik kod nama Mekanika, siapa tahu beliau masih lagi inign berikan diskaun sikit lagi kan?
BACA : #IKLAN PILIHAN : SCUBY IMPREZA WRX STi V8 MENCARI TUAN BAHARU. ADA YANG BERANI?
BACA : #IKLAN PILIHAN : KERETA LUMBA EVO III SIAP SEDIA BERLUMBA UNTUK DIJUAL