Artikel Pilihan

DACIA BAKAL SERTAI DAKAR 2025 – MAKIN POWER DIORANG NI

Dacia hari ini umumkan hasrat mereka untuk sertai perlumbaan Dakar Rally. Tu dia, tak main la rali kecil-kecilan ni. Dakar Rally terus dia masuk ataupun lebih tepat lagi World Rally-Raid Championship 2025. Mereka akan bersaing dalam kategori pengeluar T1+. Ia bertujuan membuktikan ketahanan kenderaan mereka dan komitmen Dacia ke arah pengangkutan rendah karbon.

Jentera yang bakal digunakan belum didedahkan tapi mereka menyatakan yang ia bakal menggunakan bahan api sintetik yang dibekalkan oleh Aramco. Mereka bukan pengeluar pertama yang bereksperimen dengan bahan api ini.

Porsche terlebih dahulu menghasilkan bahan api sintetik mereka sendiri di Chile tahun lepas dan mengujinya kepada model 911 mereka. Tapi jangan berharap sangat teknologi ni sudah bersedia untuk kereta-kereta anda. Toyota sendiri menyatakan teknologi ni masih perlu berevolusi sebelum bersedia untuk dikeluarkan secara besar-besaran.

Nama Dacia ni memang sering dijadikan bahan lawak oleh trio Top Gear terdahulu; Clarkson, May dan Hammond tapi kali ini mereka memilih pemandu yang bukan calang-calang untuk mengemudi jentera mereka.

Pemandu yang dipilih mereka ialah Sebastian Loeb, bekas juara dunia WRC sembilan kali dan mula aktif dalam perlumbaan Dakar Rally sejak 2016. Beliau bakal bergandingan dengan Cristina Gutierrez Herrero, 31 yang sudah menyertai Dakar Rally sebanyak tujuh kali. Beliau merupakan pelumba wanita Sepanyol pertama yang menghabiskan perlumbaan kategori kereta tahun 2017.

Dacia akan mula menguji prototaip mereka di Rallye de Maroc tahun depan bersama gandingan Loeb dan Herrero. Rali tersebut akan menjadi medan ujian pertama mereka dan mereka tidak akan bergerak bersendirian.

Untuk projek terbaru ini mereka turut mendapatkan kepakaran Prodrive dari Britain. Takkan la korang tak pernah dengar nama Prodrive. Mereka sudah terlibat dalam Dakar Rally dan Rally-Raid sejak tahun 2020. Prodrive pernah menang tempat kedua keseluruhan tahun 2022 dan 2023 bersama Loeb. Mereka mula bergandingan sejak 2021.

Dakar Rally adalah medan ujian pilihan pengeluar kenderaan untuk menguji kehebatan jentera mereka dengan sejarah 45 tahun. Perlumbaan tahun ini merangkumi jarak 3,000 batu dan mesti dihabiskan dalam masa 2 minggu dan ia sentiasa menarik minat pencabar baharu seperti Dacia.

Google ads
Back to top button