" "
Iklan Pilihan

#IKLANPILIHAN: KERETA RALI PROTON SATRIA LAGENDA NI

Sebenarnya untuk membina sebuah kereta rali untuk dibuat berlumba tidaklah susah (dibaca : agaknya). Beli aja Satria pekak, welding sana sini buat rollcage sendiri, tukar rim cap ayam, pasang ekzos perang, guna soksoba adjustable, siap boleh bawa masuk estet berlumba.

Tapi benarkah sebegitu mudah? Setakat nak Shakedown sendiri sendiri, barangkali boleh tak ada masalah. Isu keselamatan satu hal, tapi dari segi prestasi pengendalian kereta bagaimana pula? Laju sahaja tapi serupa sampan ambil selekoh pun tak guna juga. Kucar kacir.

Lantas, ini adalah salah satu solusinya. Beli aja kereta rali yang sudah siap dibina. Tak perlu nak bertanya orang tentang apa resepi rahsia nak bagi kereta rali laju dan selamat. Ini adalah sebuah kereta rali Proton Satria 1.6 liter NA. Kalau nak bubuh turbo dalam enjin 1.6 ini, dah nak kena sumpah jadi model AP4 pula. Nak sumpah jadi AP4, bukan boleh main buat gitu aja. Modal besar juga. Perabih Akaun 1 KWSP pun belum tentu sempurna kejadiannya.

Secara asasnya, resepi enjin Proton Satria yang asal SOHC ini masih lagi dikekalkan seperti talaan yang telah dibuat oleh pihak WRC Motorsport sebelum ini. Jadi isu mendapatkan kuasa maksimum tidak perlu risau sangat. Laju dah ni. Terutamanya bab rasa pick up. Menurut kata Nizam, Proton Satria ini berupaya mencapai kelajuan maksimum 140 km/j untuk SS yang sederhana panjang. Nak cecah 180 km/j kena cari laluan yang betul betul lurus baru boleh.

This image has an empty alt attribute; its file name is Proton-Satria-JRSpeed-Mekanika2.jpg

Paling penting untuk kereta lumba sudah tentulah kelengkapan rollcage bagi memastikan kereta kekal utuh sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dapat dijangka. Dan rollcage untuk Satria ini sebenarnya bukan calang – calang kerana turut mendapat kelulusan FIA.

Suka untuk BK berkongsi bahawa Proton Satria ini tidak lagi menggunakan kotak gear manual standard tetapi telah menggunakan jenis Dogbox yang mampu membuatkan anda menukar gear dengan lebih pantas berbanding biasa.

Selain daripada itu, Proton Satria ini juga sebenarnya turut menggunakan sistem ampaian daripada Drummond, sebuah jenama dari Australia yang sememangnya cukup terkenal dalam arena perlumbaan. Selain daripada itu, Proton Satria ini turut dilengkapi dengan tempat duduk jenis bucket daripada jenama Sparco untuk kedua kerusi, Sparco 4 titik keselamatan serta Stereng Suede juga dari Sparco.

Tahukah bahawasanya Proton Satria ini bukan calang – calang? Ianya pernah dipandu oleh lagenda rali negara Karamjit Singh suatu ketika dahulu dan pernah memenangi perlumbaan di Thailand. Malah, tahun sudah kereta ini turut dipandu oleh tuan punya, juga di Thailand dan berjaya juga memenagi Podium.

Jadinya, kereta lagenda in juga hendak dilepaskan dengan harga RM22,000 tunai atau yang sama waktu dengannya. Dengar kata, pemiliknya bercadang untuk merasa kereta rali 4WD pula selepas ini.

Buat sesiapa yang berhajat untuk masuk berlumba rali tahun hadapan, boleh menghubungi kawan BK si Nizam tu. Pergi cari nama FB Rellik Niezarm jumpalah. Orang kuat dari pasukan JRSpeed Sucimuci juga. Sebut nama BK & Mekanika lima kali mungkin dapat diskaun. Agaknyalah.

Kredit Foto : FB Rellik Niezarm

BACA : JRSPEED SUCIMUCI TURUT BAKAL BERAKSI DI THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP

BACA : IKLANPILIHAN: PROTON SATRIA GTi R3 ORIGINAL

Google ads

B K

Back to top button