Artikel Pilihan

#IKLANPILIHAN – TOYOTA STARLET GT TURBO EP82. PENUH JAJAN, HARGA BERPATUTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disini saya ada satu unit jentera lagenda iaitu Toyota Starlet GT Turbo untuk diniagakan. 

Sebelum bercerita lebih lanjut, saya senaraikan dahulu spesifikasi jentera ini beserta jajan-jajan yang ada.

  • Second Facelift Toyota Starlet GT Turbo
  • Repaint Hyper Black
  • TOM’S Bodykit
  • Chassis Number : EP82-058XXXX
  • Inline-4 4E-FTE Turbo Engine 1,331cc(1.3L)
  • Top Mount Custom Header 
  • IHI RHF5 Turbo with External Wastegate
  • Custom Stainless Steel Intercooler Piping
  • Front Mount Intercooler
  • HKS Radiator
  • GREDDY Type S Blow Off Valve
  • CUSCO Oil Catch Tank
  • TOMEI Fuel Pressure Regulator
  • AEROSPEED 10.2mm Triple Core Plug Cable
  • GREDDY E-Manage Blue
  • APEXI EL1 Boost Meter
  • APEXI Rev Speed Meter(RSM)
  • 5-Speed Manual Transmission 
  • Close Ratio from Starlet Glanza
  • Immaculate Engine Conditions 
  • NARDI Classic Leather Steering Wheel
  • Honda Integra DC5 RECARO Bucket Seat
  • TRD Gear Knob
  • WORKS ENGINEERING Pedal
  • Genuine TOYOTA Carpet
  • Alarm System with Remote
  • All the Electronics Buttons Fully Functioning
  • RAYS VOLK RACING TE37 16″ 7JJ PCD 100×5 
  • AP RACING CP3344/3345 4-Pot Calipers with Floating Rotors
  • Front & Rear Strut Bar

Dah habis baca ? Tahniah dan terima kasih.

Jentera ini merupakan jentera lagenda daripada Toyota dan mempunyai karismanya yang tersendiri. Mungkin ada yang melihat  enjinnya bersesaran kecil. Namun perlu diingat, berat jentera ini hanya sekitar 890kg sahaja! Sangat ringan tuan-tuan.

Modifikasi yang telah dilakukan juga tidaklah terlalu ekstrem. Tetapi jika pemilik baharu mahu melakukan sebarang naik taraf, masih terdapat banyak ruang untuk peningkatan. Apa yang perlu dibuat adalah jumpa mekanik yang betul dan dengar nasihat mereka.

Senang tak nak bawa ? Senang tuan-tuan. Klac selembut sutera. Enjin berkuasa. Nisbah gear pula sangat cantik. Kuasa dan daya kilas seimbang pada setiap gear. Selesa? Untuk jentera yang berusia lebih 20 tahun, keselesaan bukanlah satu faktor yang boleh ditawarkan. 

Segala komponen dalaman sudah tidak serapat seperti baru dan menghasilkan banyak bunyi-bunyian. Tambahan pula, ada dua faktor yang menjadikan jentera ini memang tidak selesa.

  • CUSCO Adjustable Coilover Kit dengan Pillowball Mount
  • BLITZ NUR-SPEC R Muffler

Cukup dua jajan ini menjadikan mana-mana kereta yang selesa dipandu kepada sebuah jentera yang sesuai dipandu di litar. Ini pengakuan jujur, jika keselesaan yang anda cari, ini bukan jentera yang sesuai. Namun begitu, aspek keselesaan yang dikorbankan digantikan dengan pengendalian yang sangat mantap. 

Sedia melibas mana-mana selekoh dengan jayanya. Cuma pastikan anda mempunyai skil memandu yang baik. Kalau tak baik, Mercedes Benz E43 AMG pun boleh terciduk langgar paip. YTJT.

Jentera ini sesuai untuk banyak acara. Sama ada kegunaan di litar, “touge”, Wangan, JDM Gathering, konvoi mahupun disimpan sebagai koleksi. Tak malu lah bawa jentera ni pergi sesi TT. Dengan jajan yang ada ditambah pula dengan nilai estetika jentera ini menjadikanya berada dalam kelasnya tersendiri.

Kalau konvoi ? InsyaAllah tak tertinggal. Laju tuan-tuan jentera ni. Kalau tak di kelompok hadapan, dia ada di kelompok pertengahan. Dua ni je. Dijamin. Selebihnya terpulang kepada pemandu sama ada berani atau tidak.

Kalau dah laju, boleh berhenti ke ? Jentera ini dilengkapi dengan set brek AP RACING CP3344/3345 4-Pot Calipers with Floating Rotors. 

Keadaan rotor masih baik. Tidak calar mahupun beralun. Tekan brek pun tak bergegar. Kondisi pad brek pula tinggal dalam lingkungan 60 peratus. Lama lagi boleh pakai. Apa yang paling penting, prestasi brek sangat cemerlang.

Selain daripada itu, ia dilengkapi  sistem penggera keselamatan. Sistem central lock masih berfungsi dengan baik. Power window masih berfungsi dengan baik tanpa masalah. Segala butang kawalan di dalam kabin masih berfungsi dengan sempurna. Paling penting, sistem pendingin hawa berfungsi dengan sangat cemerlang. Tanpa tinted pun sejuk.

Akhir sekali, jentera ini mendapat jolokan “Ultimate JDM Pocket Rocket” kerana kelajuan dan keringanannya.  Jentera ini hendak DILEPASKAN pada harga RM79,000 sahaja. Saya ulang! RM79,000 sahaja. Masih berpatutan berbanding jentera-jentera perang JDM yang lain.

Kalau berminat. Boleh hubungi saya di 012-7879593 – YAZID. WhatsApp Link – http://www.wasap.my/60127879593

GALERI

Google ads
Back to top button