Buletin

TATA TIAGO EV – KERETA ELEKTRIK PALING MURAH, DARI RM48K DI INDIA

Tata telah pun melancarkan sebuah kenderaan elektrik saiz kecil yang paling mampu milik di pasaran India.

Tata Tiago EV direka khusus untuk pasaran India dengan menawarkan dua pilihan pek bateri.

Bateri kecil 19.2 kWh mampu membenarkan operasi sejauh 250 km (mengikut data Modified Indian Driving Cycle), manakala pek bateri yang lebih besar 24 kWh pula mampu mencecah jarak sejauh 315 km.

Dua varian tertinggi mendapat kelengkapan pengecasan AC 3.3 kW atau 7.2 kW, serta pilihan pengecasan pantas yang membolehkan jarak 110 km dicapai dalam masa 30 minit sahaja.

Tata Tiago EV menggunakan motor elektrik magnet kekal yang kecil memacu roda hadapan, dengan angka output setinggi 74 hp dan 114 Nm.

Pecutan 0-60 km/j boleh dicapai dalam masa kurang enam saat.

Rakyat India boleh mula mendapatkan Tata Tiago EV ini bermula 10 Oktober dengan 10,000 unit terawal akan mendapat harga jualan ₹ 8.49 Lakh (RM48,381).

Google ads
Back to top button