
ASTON MARTIN DBX707 AMR23 EDITION – INGATKAN MEDICAL F1
Aston Martin telah memperkenalkan sebuah model SUV ultra mewah istimewa yang cukup dinamik, Aston Martin DBX707 AMR23 Edition bersempena dengan penyertaan pasukan Aston Martin Aramco Cognizant dalam sukan terulung Formula 1.
Model SUV ultra mewah ini yang paling laju dalam kelasnya lahir daripada gabungan DNA reka bentuk ikonik Aston Martin dengan sukan yang cukup dramatik Formula 1. Kolaborasi diantara trek perlumbaan dan jalan raya ini telah mencipta penampilan yang sangat dinamik dan berkelajuan sejati, menjadikan pemanduan ini DBX707 lebih menarik daripada sebelum ini.

Cukup sesuai dengan nama model jentera F1 AMR23. Jelas sekali, identiti AMR23 Edition ini agak sama dengan model Medical F1 yang turut menggunakan layangan warna Podium Green.
Selain daripada warna Podium Green ini, bahagian luaran ini turut menampilkan ciri eksklusif Aston Martin DBX707 AMR23 Edition termasuklah lencana fender Q oleh Aston Martin yang unik, dan juga caliper brek Aston Martin Racing Green.
Selain itu, penggunaan aksen lime turut diaplikasikan terhadap kit badan carbon fiber yang cukup bergaya dan memberikan sedikit kontra warna terhadap Podium Green ini.

Ruangan kabin AMR23 Edition ini turut menggunakan jahitan kontras berwarna lime yang menyerlah pada hiasan Inspire Sport Duotone Onyx Black / Eifel Green, veneer carbon fiber, serta lapisan satin gelap dengan kemasan carbon fiber. Logo AMR23 juga muncul pintu untuk memastikan pemandu tidak syak wasangka akan keturunan perlumbaan Aston Martin ini.
Pasukan F1 Aston Martin Aramco Cognizant telah mengharungi permulaan yang luar biasa dalam musim FIA Formula 1 2023 setakat ini. Pasukan yang dianggap baharu ini ajaibnya kini berada di tempat kedua dalam kategori pasukan 2023 di belakang Red Bull Racing Honda dengan mengutip 102 mata.

Malah pemandu mereka Fernando Alonso yang juga merupakan mantan juara F1 menetapkan prestasi yang memberangsangkan di perlumbaan pembukaan di Bahrain dengan meletakkan dirinya di podium. Dan seterusnya Fernando Alonso berjaya mendapatkan podium untuk perlumbaan di Australia dan juga Miami. Kini beliau berada di kedudukan ketiga keseluruhan di belakang Max Verstappen dan juga Sergio Perez.
BACA : ASTON MARTIN DBX707 SEBAGAI F1 MEDICAL CAR 2023
BACA : ASTON MARTIN DBX707, SUV DALAM LIGA PALING BERKUASA DI DUNIA!




