Motosikal

5,000 UNIT EV RODA DUA TERJUAL SETIAP MINGGU DI INDIA

Jualan kenderaan elektrik (EV) dua roda di India melonjak sebanyak lebih 5,000 unit setiap minggu berbanding 700 unit sahaja sebelum ini.

Menteri Industri Berat berkata peningkatan tersebut berikutan pengubahsuaian skim Faster Adoption and Manufacturing of Electric Vehicles (FAME) fasa dua yang telah dilaksanakan pada awal bulan Jun lalu.

Melalui skim berkenaan, pihak kerajaan mengeluarkan dana sebanyak Rs10,000 crore (RM.5.5 juta) untuk memberi insentif kepada permintaan EV.

Skim itu dibangunkan untuk menyokong pengangkutan awam dan perkongsian elektrifikasi serta membantu mewujudkan infrastruktur pengecasan.

Kerajaan India sedang berusaha mencapai elektrifikasi dalam sector automotif untuk memerangi isu pelepasan kenderaan dan kebergantungan terhadap bahan api fosil.

Melalui dana skim FAME-II, ia akan menyalurkan subsidi kepada 500,000 EV roda tiga, satu juta EV roda dua, 55,000 EV penumpang dan 7,090 bas elektrik. –cartoq

Google ads
Back to top button