Buletin

INI 5 SEBAB CFMOTO 450SR SPORTSBIKE PALING BERBALOI DIBELI

Anda bercadang nak naik taraf motosikal sedia ada kepada yang lebih besar dan lebih berkuasa namun mencari sesuatu yang lebih mampu milik tapi masih lagi menawarkan pakej ‘premium’. 

Bagi memudahkan pencarian, kami cadangkan untuk pertimbangkan CFMoto 450SR. Jangan risau, kami senaraikan lima sebab utama kenapa motosikal gaya ‘sportsbike’ dari China itu wajar dipertimbangkan. 

  1. Skrin TFT

    Bagi segmen motosikal bawah 500cc agak sukar untuk menikmati ciri yang premium namun CFMoto 450SR dilengkapi dengan panel meter TFT berwarna. 

    Bukan itu sahaja, selain memaparkan info yang jelas dan terang di waktu siang dan malam, skrin TFT tersebut turut boleh disambungkan ke telefon pintar sekaligus meningkatkan pengalaman menunggang.

    2. Brek Brembo

    Jika rata-rata pakej brek sering diketepikan bagi segmen ini namun CFMoto telah melengkapkan 450SR dengan brek kaliper Brembo M40 yang dipadankan dengan cakera brek 320mm depan. Gabungan dua ciri ini menjaminkan daya cengkaman brek yang lebih efisien apatah lagi dipadankan dengan sistem ABS secara standard. 

    3. Aerodinamik

    Antara ciri yang membuatkan CFMoto 450SR kelihatan menonjol adalah reka bentuk keseluruhan motosikal berkenaan yang tampil sporty dan agresif terutamanya dengan kehadiran ‘winglet’ ala MotoGP. 

    Menariknya, winglet tersebut bukan sekadar hiasan malah menawarkan ‘downforce’ yang meningkatkan daya cengkaman apabila dalam kelajuan tinggi. 

    4. Enjin berkuasa

    Rata-rata motosikal segmen ini hadir dengan enjin yang menghasilkan bunyi ala ‘mesin jahit’ namun itu bukan kes bagi 450SR. 

    Ini kerana, motosikal sportsbike ini dipacu dengan enjin dua silinder 450cc dengan sistem pembakaran 270-degree crank sekaligus menawarkan karakter seperti enjin V-Twin. 

    Hasilnya, 450SR menghasilkan bunyi yang syahdu meskipun dengan hanya menggunakan ekzos standard. Tidak dilupakan dengan 50hp dan 39Nm, 450SR merupakan antara motosikal paling berkuasa dalam kelasnya. 

    5. Harga mampu milik

    Antara daya tarikan utama CFMoto 450SR adalah harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Menurut MForce, 450SR boleh dimiliki dengan harga RM28,888 sahaja. 

    Ini bermakna dengan harga bawah RM30 ribu orang ramai mampu memiliki motosikal 450cc yang berkuasa dan menawarkan kelengkapan serba moden termasuk ciri keselamatan terkini. 

    Google ads
    "
    "
    Back to top button