
INI BAEEKK PUNYA. ADA SALE MOTOR, HELMET, JAKET, GLOVE HUJUNG MINGGU NI!
Ini konsep yang agak menarik, satu acara jualan gudang akan diadakan di Gasket Alley, Petaling Jaya pada hujung minggu ni. Apa yang menarik?
Haaaaa….
Acara yang dinamakan Big Big Warehouse ni ada jualan motosikal dari pelbagai jenama seperti Harley-Davidson, Ducati, Kawasaki, Aprilia, Moto Guzzi, Vespa dan Modenas pun ada.
Pembeli juga boleh terus apply loan dari AEON Credit.
Ia akan berlangsung di Warehouse 15 ,yang berkeluasan 11,000 kaki persegi bertempat di bahagian belakang Gasket Alley di seksyen 13, Petaling Jaya.
Selain motor, turut dijual disini ialah aksesori macam Givi, Hypergear, Alpinestar, Akrapovic, Petronas & Riders Garage.
Helmet ada? Ada. Antara jenama yang mengambil bahagian ialah HJC, KYT, Simpson, Bell dan Ruby.
Apa lagi?
Ada pemeriksaan percuma sistem suspensi oleh K-Tech untuk pastikan suspensi motor korang tip top.
Jangan lupa hujung minggu ni, Warehouse 15 (Gasket Alley) 6-8 Mac dari 10 pagi sampai 7 Malam