Buletin

HONDA BR-V FACELIFT 2020 KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Honda Malaysia mengumumkan bahawa crossover 7 tempat duduk, BR-V baharu kini sudah dibuka untuk tempahan.

BR-V facelift yang menerima beberapa bentuk penambahbaikan itu dijangka dilancarkan pada Q1 2020.

Bold Runabout Vehicle (BR-V) diperkenalkan pertama kali pada tahun 2017. Menggabungkan gayaan SUV, model itu pantas menjadi antara model terlaris di pasaran.

“BR-V dibangunkan secara eksklusif oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) untuk pasaran ASEAN. Ia dibina bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap kenderaan 7 tempat duduk yang luas dan versatil.

“Sejak dilancarkan, lebih 36,000 unit telah berjaya dijual sehingga Januari 2020. Angka itu merangkumi 45 peratus perkongsian pasaran pada tahun 2019, sekali gus mengekalkan posisi selaku peneraju segmennya,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Penampilan luaran jentera itu menerima gril hadapan, kemasan bahagian bawah dan perumah lampu kabus yang baru. Untuk bahagian belakang, ia dipasang dengan bampar, antena jenis shark fin dan rekaan rim bersaiz 16 inci baharu.

Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin pula menjadi ciri standard pada semua varian. Tidak ketinggalan, tempat duduk kulit baharu dengan jahitan benang merah menjadikannya lebih sporty dan selesa.

BR-V terus menggunakan khidmat enjin 1.5L SOHC i-VTEC berkuasa 120PS dan tork 145Nm.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian Tol Percuma Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

Mazda CX30

Tags
Google ads
Back to top button