
SHOWCASE – PAMERAN KERETA MODIFIED PALING BEST!
300 buah kereta pebagai modifikasi berhimpun di The Showcase 2020.

Dianggarkan hampir 7000 orang pengunjung telah membanjiri The Showcase yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 29 Februari sehingga 1 Mac 2020 anjuran oleh Galeri Kereta dan Super Rocket dikuasai oleh Motonation , serta kerjasama asia gt festival dan MIECC.
Acara yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES telah berjaya menghimpunkan sebanyak 300 buah jentera modifikasi dari pelbagai tema berkonsepkan antaranya Widebody, konsep perlumbaan, USDM, JDM, MDM, Kcar, dan pelbagai lagi.
Pelbagai pengisian telah diatur untuk disajikan kepada peserta dan pengunjung yang hadir seperti, pelancaran pasukan lumba Estrada Pulzar, perlumbaan simulator oleh Asia GT Festival, sesi bual bicara bersama penganjur Art Of Speed Malaysia – Asep Ahmad, Penganjur Terpadu 2020 – Suzaimi Ahmad, Peganjur Retro Havoc & Drive For Paul Malaysia – Alie Kouppa, Penganjur Super GT Malaysia – Fahrizal Hasan, booth-booth jualan dari pelbagai syarikat-syarikat automotif dan pameran dari MARii.
Pengunjung juga turut disajikan dengan persembahan drift pasukan drift Westlake dengan aksi-aksi yang cukup mengujakan dihadapan pintu masuk MIECC.
Bagi menghargai pengungjung yang hadir, sesi Cabutan bertuah juga di adakan di mana hadiah yang cukup lumayan ditawarkan kepada yang bertuah dan jumlah hadiah mencecah hampir RM20,000 tajaan Carroof Motorsports, Sapok Tembo, Dodomat Malaysia, FrontWheel Bastard dan banyak lagi.
Menurut penganjur ‘The Showcase 2020’ Encik Aulia Rahman Arsad (Galeri Kereta) dan Mohd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Along (Super Rocket),
“Walaupun perancangan kami tak sampai 2bulan dengan modal yang tidak besar, tetapi dengan hati yang besar kami cuba buat yang terbaik dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan, Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta, pengunjung dan crew-crew yang bertugas.”