Buletin

IONIQ DIPAMERKAN BUAT PERTAMA KALI DI MALAYSIA

Kenderaan masa depan Hyundai, IONIQ kini dipamerkan di acara My Auto Fest 2016 di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC).

Hyundai-IONIQ-My-Auto-Fest-2016-mekanika (2)

Mendapat nama daripada model konsep plug-in hybrid i-oniq, ia menjadi model pertama di dunia yang menawarkan tiga rangkaian kuasa elektik pada satu platform iaitu IONIQ Hybrid, IONIQ Electric dan IONIQ Plug-in.

Hyundai berhasrat menjadikan IONIQ sebagai kenderaan sifar emisi kepada semua orang. INOIQ dipersembahkan kepada umum buat pertama kalinya di Geneva Motor Show pada Mac lalu.

Hyundai-IONIQ-My-Auto-Fest-2016-mekanika (5)

Biarpun begitu, masih belum dapat dipastikan bilakah IONIQ akan dijual di Malaysia.

Berlangsung mulai Jumaat lalu hingga hari ini (20 – 22 Mei 2016), Hyundai turut menawarkan tawaran menarik kepada orang ramai.

Hyundai-IONIQ-My-Auto-Fest-2016-mekanika (1)

Anda boleh menikmati diskaun sehingga RM14,000 untuk Elantra. Veloster dan Sonata pula menawarkan penjimatan sebanyak RM12,000. Santa Fe diberi diskaun sehingga  RM7,000 dan RM4,500 untuk model i10.

Google ads
Back to top button