
TAWARAN HEBAT BMW BPS PADA BMW xDRIVE XPERIENCE
Sempena acara BMW xDrive Xperience yang berlangsung pada hujung minggu ini, para pengedar BMW Premium Selection (BPS), divisyen kereta terpakai BMW akan menawarkan program jual beli istimewa selama dua hujung minggu iaitu pada 21-22 dan 28 hingga 29 Mei 2016.
Justeru, BMW Group Malaysia menjemput orang ramai mengunjungi mana-mana bilik pameran BMW Premium Selection untuk menikmati tawaran jual beli yang menarik bagi kenderaan mereka. Selain meneroka kemungkinan membeli model-model BMW X yang baru.
Sebagai satu-satunya rangkaian pengedar yang menawarkan kereta terpakai yang telah diluluskan, BPS menyediakan pelbagai faedah.
Ini termasuklah program Jaminan BMW minimum selama setahun atau sehingga 200,000km dan pemeriksaan kenderaan 360º dengan sejarah yang lengkap dan telah disahkan. Malah, manfaat seperti Pembiayaan Kredit BMW istimewa, keahlian BMW White Card dan Bantuan Tepi Jalan BMW turut disediakan.
Tawaran terhad boleh didapati di bilik pameran BPS berikut:
Pengedar BMW Premium Selection | Tarikh |
Auto Selection Glenmarie | 21 – 22 Mei 2016 |
Auto Selection Kuala Lumpur | 21 – 22 Mei 2016 |
Quill Automobiles | 21 – 22 Mei 2016 |
Ingress Auto, Damansara | 21 – 22 Mei 2016 |
Wheelcorp Premium | 21 – 22 Mei 2016 |
Tian Siang, Butterworth | 28 – 29 Mei 2016 |
Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.bmw.com.my/xDriveXperience