Buletin

BATERI TUFLONG, JENAMA BUATAN JEPUN  YANG UNGGUL UNTUK ENJIN MODEN DENGAN CIRI START/STOP

Kebanyakan negara maju dan membangun telah berusaha keras untuk menyediakan persekitaran yang kondusif serta selamat untuk rakyat mereka tinggal, bekerja dan hidup dengan harmoni. Ini termasuklah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan bersih. 

Bersih dalam aspek kehidupan moden ialah dengan meminimakan pembebasan gas karbon dioksida dalam semua aspek kehidupan yang turut merangkumi aktiviti pengangkutan dan mobilti. Maka tidak hairanlah kenderaan bebas asap iaitu kereta elektrik menjadi sebutan pada hari ini. 

Bagi kebanyakan negara membangun yang masih lagi berusaha menyediakan prasarana pengecasan dan liputan lebih luas, pilihan yang ada masih lagi terhad kepada kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman. Namun berbeza dengan dulu, enjin moden dilengkapi ciri Start/Stop.

Jadi, pernahkah anda terfikir bagaimana bateri moden boleh bertahan dalam kitaran proses hidup dan mati berulang kali dalam persekitaran yang sangat mencabar iaitu panas dan lembap, selain perlu mengharungi kesesakan jalan raya yang getir?

Dalam kebanyakan kenderaan moden, beban ini digalas oleh bateri generasi baharu yang dikenali dengan sebagai Enhanced Flooded Battery (EFB). Bateri ini merupakan bateri yang direka untuk lebih tahan lasak bagi menerima caj dan arus elektrik yang lebih berkuasa dengan lebih kerap

Bateri EFB adalah direka khas dan pilihan yang tepat bagi enjin yang dipadankan dengan teknologi Start/Stop.Salah satu jenama bateri sebegini ialah Tuflong, gabungan dua perkataan iaitu Tough dan Long. 

Jenama Tuflong adalah jenama OEM kepada pengeluar automotif utama di Jepun seperti Toyota, Mazda, Nissan, Mitsubishi, Suzuki dan Daihatsu. Hasilnya, Tuflong mampu mengeluar dan menjual 8,520,000 unit bateri automotif dalam setahun. 

Jumlah jualan yang tinggi ini meletakkan jenama Tuflong sebagai pembekal bateri nombor 2 di Jepun. Malah, ia kini berada dalam senarai 10 pengeluar bateri yang mempunyai jumlah pengeluaran terbesar di dunia. 

Sebelum nama Tuflong digunakan, jenama ini lebih dikenali dengan nama HITACHI Battery yang juga bertanggungjawab membekalkan bateri OEM kepada majoriti pengeluar automotif Jepun.

Kilang Tuflong yang bertanggungjawab menghasil dan menjual bateri bagi kegunaan sektor automotif sudah wujud sejak tahun 1916 lagi. 

Kapasiti penghasilan bateri Tuflong disokong oleh tiga buah kilang pengeluaran utama yang terletak di Saitama, Jepun, Gateway dan Bangpu  di Thailand).

Dengan pengalaman yang luas serta aktiviti R&D yang berterusan, jangka hayat bateri Tuflong direka supaya mampu bertahan 28 peratus lebih panjang berbanding bateri daripada jenama lain. Ini kerana ia menggunakan plumbum yang memiliki 99.99% ketulenan bagi menjamin kualiti bateri.

Bateri Tuflong telah diuji secara komprehensif mengikut standard IEC 60095 yang ketat. 

Maka tidak hairanlah jika jenama Tuflong mendapat sambutan baik dengan 1.5 juta unit bateri Tuflong telah terjual di Malaysia. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan bateri Tuflong, anda boleh melayari laman Facebook TUFLONG BATTERY MALAYSIA atau laman sesawang https://borneogroup.com.my/. Borneo Technical Co. (M) Sdn. Bhd. ialah pengedar tunggal bateri Tuflong di Malaysia. 

Untuk membeli secara atas talian, anda boleh melayari Shopee (https://shopee.com.my/tuflong.os) , Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/tuflong-battery-os) atau terus membeli di kedai batteri dan alat ganti kereta berhampiran.

Google ads
Back to top button