
PEMBIKIN I-PHONE DEDAH 3 KENDERAAN ELEKTRIK
Foxconn Technology Group yang merupakan pembikin peranti iPhone mendedahkan tiga kenderaan elektrik hasil kerjasama dengan pengeluar Taiwan Yulon Motor Co. Ltd.
Tiga model itu merupakan Foxconn Model C, Model E dan Model T.
Bagaimanapun, nama-nama seperti Model C dan Model T pernah digunapakai pengeluar automotif Ford.

Bahkan, syarikat Amerika Syarikat (AS) itu pernah mengemukan permohonan tanda dagang nama tersebut pada tahun 2013.
Kesemua kenderaan baharu elektrik Foxconn yang menggunakan nama berkenaan dijangka memasuki pasaran pada tahun 2023.

Model C merupakan crossover kompak, Model E pula adalah sebuah sedan direka dengan kerjasama Pininfarina manakala Model T sebuah produk bas.
Foxconn tidak mendedahkan sebarang spesifikasi model-model itu tetapi crossover elektrik Model C mampu menjana kuasa pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dan jarak operasi sejauh 700 km. – Motor1
- BACA: KAWASAKI JUAL MOTOSIKAL ELEKTRIK SAHAJA DI PASARAN MEMBANGUN MENJELANG TAHUN 2035
- BACA: TOYOTA PERKENAL SKUTER ELEKTRIK ‘PELIK’ C+WALK. HARGA RM12,000 SEUNIT
- BACA: GEOMETRY EX3 KUNGFU COW. SUV ELEKTRIK MURAH DI CHINA, CUMA RM38.5K SEUNIT
- BACA: FARNOVA OTHELLO HYPERCAR ELEKTRIK BUATAN CHINA. 1,810 HP/12,000 NM, RM1.2 JUTA SEUNIT









