BATERI EV TERBARU GEELY MAMPU BERTAHAN SEHINGGA 1 JUTA KM – MAKIN GAH EV CHINA NI
Geely baharu saja dedahkan bateri lithium-iron-phosphate terbaru untuk EV dan ia dikatakan boleh digunakan sehingga cecah 1 juta kilometer ataupun bersamaan dengan 50 tahun! Ia juga dikatakan mampu dicas lebih pantas, beroperasi dengan lebih baik dalam cuaca sejuk dan mampu bertahan dalam keadaan ekstrim.
Bateri baharu ini juga menampilkan rekaan baharu yang menjadikannya lebih selamat dengan jangka hayat yang lebih panjang. Ia boleh dicas sebanyak 3,500 kali yang bersamaan dengan 1 juta kilometer pemanduan.
Ia bukan hanya akan membantu meningkat harga EV terpakai malah dikatakan mampu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 80,000 tan setahun. Sel bateri ni mempunyai kapasiti 192 Wh/kg dan 40% lebih pendek berbanding bateri blade biasa.
Masa pengecasan hanya sekitar 17 minit 4 saat adalah lebih pentas berbanding 26 pada bateri sebelumnya. Keupayaan bateri lama jatuh kepada 78.96% pada suhu negative 30°C tapi bateri baharu ini mampu mengekalkan keupayaanya pada 90.54 dan kondisi yang sama.
Geely memang patut berbangga dengan keupayaan bateri baharu mereka ini yang telah diuji dengan tembakan peluru bersaiz 5.8mm dan tidak mencetuskan letupan ataupun kebakaran.
Bateri ini juga turutu dicucuk dengan 8 batang jarum logam bersaiz 5 mm dan langsung tidak menjejaskan keupayaannya walaupun dibiarkan selama 1 jam. Fuh, tahan dera ni.
Tidak berhenti setakat itu bateri ni kemudiannya dibenam dalam air laut, dicampak ke dalam api, dihentam dari kanan dan kiri, menerima jatuhan beban 26 tan dan menerima seksaan cakaran pada bahagian luar dan kesemua itu langsung tidak menjejaskan prestasinya. Gerun juga bila dengar ni.
Cuma satu lagi masalah, Geely belum dedahkan bila bateri ini akan mula diproduksi dan digunakan pada kenderaan mereka. Sabar je lah.