BuletinMotosikal

“JENTERA KTM SEMAKIN SUKAR DIKAWAL” – HAFIZH

Musim kedua yang bermula bulan lalu memperlihatkan prestasin turun naik pelumba negara, Hafizh Syahrin. Dalam pusingan MotoGP Spain di litar Aragon semalam, Hafizh menamatkan perlumbaan di tempat tercorot.

Rakan sepasukannya Miguel Oliveira menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 sementara pelumba Factory KTM yang menggantikan Johann Zarco menghabiskan saingan di tangga ke-17.

Hafizh kelihatan bergelut di litar yang panjang dan banyak laluam lurus itu. Ia adalah litar yang memberi kelebihan kepada motosikal seperti Honda dan Ducati yang mempunyai pecutan baik.

Dovizioso yang memulakan perlumbaan di petak ke-10 berjaya memintas satu demi satu pelumba lain untuk merebut podium ke dua di belakang Marquez. Pelumba satelit Ducati – Pramac Ducati Jack Miller juga berjaya mendapatkan podium di tempat ketiga.

Ia sebuah litar yang mencabar, pecutan tinggi dan brek lewat dan memerlukan kepakaran khusus masuk-keluar selekoh dengan pantas.

“Ia satu perlumbaan yang sangat sukar.

“Pada peringkat permulaan, berlaku banyak sentuhan dengan pelumba lain. Ramai yang mengambil selekoh ‘wide’ dan susah untuk mengekalkan kedudukan dalam garisan perlumbaan.

“Saya cuba untuk mengekalkan rentak perlumbaan selepas memintas Abraham dan saya cuba untuk pintas Kallio.

“Tapi sebaik hujung turn-12, saya tak dapat perlahankan jentera KTM ini. Saya terus menuju ke kawasan batu kerikil dan hanya kembali ke litar dan mengekori belakang Lorenzo.”

“Saya berada rapat, tapi tak cukup dekat. Apa yang jelas, ini bukanlah perlumbaan yang baik untuk saya. Saya akan bekerja keras lagi untuk fahami karekter motosikal.

“Kami ada baki lima pusingan lagi, masih panjang tapi kami akan cuba semuanya. saya akan lakukan yang terbaik semampu saya.

Dalam perlumbaan semalam juga, Alex Rins – Suzuki Eacstar dijatuhi penalti ‘long lap’ kerana melanggar sisi Morbidelli dan menyebabkannya terbabas.

Tags
Google ads
Back to top button