Buletin

KEDAI MOTOR MSC PJ KINI DAH BEROPERASI 46 TAHUN!

Waktu saya masih belajar di Universiti Malaya, ini adalah kedai motor yang wajib di singgah bila keluar malam minggu ke mapley jalan 222. Motorcycle Sales Centre (MSC) yang terletak di Jalan Universiti ni selalunya ada motor-motor berkuasa tinggi yang dipamerkan dalam dinding kaca yang boleh ditonton dari luar pada waktu malam.

Syarikat Motorcycle Sales Centre Sdn. Bhd. (MSC) telah memulakan operasinya sejak tahun 1973 dan beberapa tahun kemudiannya menjadi pengimport pertama motosikal berkuasa besar di Malaysia.

Hari ini MSC telah menyambut ulangtahunnya yang ke-46. Sambutan ini bertambah meriah dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Dewan Rakyat Gua Musang dan Datuk Seri Panglima Osu Sukam, Bekas Ketua Menteri Sabah.

Setelah 46 tahun beroperasi. MSC masih lagi aktif dalam industri motosikal di Malaysia dan kini mempamerkan wajah baru dengan strategi jualan yang baharu bersama penarnbahbaikan yang dilakukan.

Menurut Dato Mazlan bin Datuk Seri Harun di dalam ucapannya, antara strategi jualan yang digunakan adalah MSC menyediakan promosi tukar beli dan kemudahan pinjaman.

Syarikat MSC yang digelar ‘The One Stop Motorcycle Sales Centre’ kini juga telah menambahbaik bengkel motosikal untuk tujuan memperkukuhkan¬† lagi perkhidmatan selepas jualan syarikat ini di samping membawa masuk model-model baru dengan teknologi yang canggih dan berdaya saing yang mana amat sesuai dengan gaya hidup penunggang di Malaysia masa
kini.

Tumpuan model diberikan terutamanya model-model baru keluaran Eropah dan US seiring dengan permintaan semasa.

Moto Sport Centre Sdn. Bhd. yang selama merupakan pengedar MSC
kini menjadi rakan perniagaan dan bertindak sebagai syarikat pemasaran bagi Syarikat Motorcycle Sales Centre Sdn. Bhd.

Dengan kerjasama ini ia diyakini  dapat membantu peningkatan pemasaran dan jualan motosikal MSC.

GALERI

Google ads
Back to top button