Motosikal

“MARQUEZ BUAT SILAP PUN SAYA MASIH TAK DAPAT KALAHKANNYA, DUCATI DAH SAMPAI HADNYA” – DOVIZIOSO

Andrea Dovizioso telah memberikan saingan yang cukup sengit kepada Marc Marquez di MotoGP Republik Czech tetapi beliau tahu yang adalah mustahil untuk mengatasi Marc Marquez yang masih mampu mencatatkan masa terpantas walaupun ketika melakukan kesilapan.

Dovizioso telah memberikan persembahan yang cukup baik di litar kegemaran Ducati ini dan mengekalkan posisi yang selesa seawal selekoh pertama pusingan pertama tapi sayangnya nasib tidak menyebelahi beliau untuk mengatasi Marquez.

Sepanjang sepuluh pusingan pertama perlumbaan, Dovizioso mengekori rapat Marquez dan menyaksikan Marquez melakukan kesilapan di separuh perlumbaan bila beliau mula mahu menjarakkan diri dari Dovizioso. Bahagian hujung pemijak kaki motosikal Marquez telah tersentuh dengan permukaan litar dan menyebabkan beliau kehilangan sedikit momentum. Tapi itulah Marquez, beliau berjaya mengawal situasi, kembali memecut dan membuat catatan masa terpantas sepusingan.

Walaupun gembira kerana berjaya menaiki podium sekali lagi namun Dovizioso mengaku yang beliau sedikit kecewa kerana walaupun jentera Ducati beliau berfungsi dengan baik tetapi nyata sekali ia masih belum mampu untuk menewaskan Marquez.

Mungkin pemilihan tayar turut menjadi faktor menentu dan Marquez memilih tayar yang lebih lembut di belakang. Dovizioso berjaya mengekori rapat Marquez pada awalnya tetapi mungkin sedikit tersentap selepas Marquez melakukan kesilapan sekali gus mewujudkan jarak antara mereka. Ye lah, tengah-tengah laju tiba-tiba lawan di hadapan melakukan kesilapan, dah tentu kita akan mengenakan brek. Silap-silap boleh terbabas terus.

Kedua pelumba ini telah memecut ke tahap maksima. Bezanya ialah Dovizioso sudah sammpai ke hadnya dan tidak boleh pergi lebih laju manakala Marquez mempunyai brek yang lebih baik dan boleh melewatkan brek.

Mengulas keadaan tersebut, Dovizioso menyatakan yang kombinasi tayar yang perubahan yang dilakukan berfungsi dengan lebih baik pada jenteran Honda. Mungkin jentera lain belum mempunyai setting yang sesuai kot?

Google ads
"
"
Back to top button